Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!!
Wah... Sekian lama Shana meninggalkan dunia blog kerana berlaku banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Erk??!! Apa punya ayat lor.. Huhuhu actually, sejak akhir-akhir ini, atau senang citer.. Shana sangat bz pada sem ini. Skarang dah week 14. Ada 3 lagi esaimen tak hantor lagi... Dengan proposal FYP yang tak siap agi.. DUSH! DUSH! DUSH!
Ok, berbalik kepangkal jalan iaitu cerita yang Shana nak share ngan U olz... Tentang gadis yang pakai tudung bawal dan berselendang dari persepsi kaum adam. Hah!! Tu dia... Dah macam tajuk FYP pulak. Ok.. Cerita die macam nie.. (Ceciter! Ceciter!)
One day, Shana nak kuar la ngan Mr.Rudyoz ni... Shana pakai la selendang ngan inner, ngn ribbon2 yang comel2 itu.. Huhuhuhu. Tiba-tiba seorang insan ni (kaum adam) tegur la Shana. "Eh! Ko ni! Dah macam orang gila dah aku tengok ngn ribbon kat atas tu!" Mak aih.. Sentap hati mak nakkkkk.. Shana pon dengan selamber menjawab. "Gojes ape macam ni?" See... Di mata Shana nampak gojes jerk.. Betul tak gurlz...?? Ramai yang pakai macam ni dah sekarang.. ngn fesyen ala-ala Hana Tajima... OMK (Oh mak kau) seriessss!! Look sangat sangat sangat gojes. Well, lepas tu dia pun bagitahu la balik.. "Cuba ko pakai tudung biasa je kuar ngan Mr.Rudyoz ko.. Aku rasa dia lagi suka kot dari tengok ko pakai macam orang gila nih." Huhuhu Nasib baik la Shana ni penyabar orangnya.. Hahahahah Tapi Lepas dengar dia cakap macam tu.. then.. Shana berfikir sejenak. Ok! Aku akan cuba try test!!! Then, Shana pon kuar la macam biasa ngan Mr. Rudyoz nieh.. Tapi, die tak cakap apa pon.. So... Shana rasa, dia setuju la ngan stail pakaian Shana.. Huhuhu
Hari yang berikutnya, Shana pon sekali lagi kuar ngn Mr. Rudyoz ni.. Huhuhu Tapi, kali ni, Shana pakai tudung bawal biasa jer ngan blouse panjang.. Yela... Menyahut cabaran kaum adam yang sorang tu kan. Then Shana tunggu la Mr.Rudyoz ni sampai.. Bila dia sampai, Shana pun masuk la dalam kereta.. Tiba-tiba Shana dengar dia cakap macam ni. "Cantik la S** A** hari ni!" What??!!! Hello, Mr.Rudyoz ni orang nya tak romantik tau. Jarang sekali dia ambik hati Shana dengan berkata sebegini rupa. Adakah Shana tersalah dengar atau bermimpi di siang hari? Hahahaha Then Shana tanya la lagi sekali. "A** cakap apa tadi? Tak dengar." Padahal buat-buat tak dengar. Huhuhu Ye la.. orang macam dia, cakap sekali je. Tak nak ulang-ulang. Bak kata dia sendiri, TIADA SIARAN ULANGAN. NAK ULANG KENE BAYAR. Hampehhhhhsss tol. Huhuuhuhu Kami pon senyap... Dalam masa tu Shana pon fikir, betul ke selama ni dia tengok aku macam orang gila? wa!!! Malunya!!!
Shana pon cerita la peristiwa ni pada kawan Shana sorang nie.. Dia pon kata, BF dia lagi suka dia pakai tudung bawal biasa. Adek lelaki dia pon cakap macam tu.. Huhuhuhu
Nak disimpulkan, maybe ramai lelaki lagi suka kaum hawa ni bertudung bawal la kot.. Pendapat U olz macam mana?
Lagi satu an.. Time Mr.Rudyoz hantar Shana balik, dia kata macam ni. "Macam ni la first A** jumpa S** tau. Tetap la macam ni." Shana pon... Speechless!! Huaaaaaaaaaaa!!!
VS
Nak beli tudung bawal banyak-banyak. Nak cantik pon untuk dia, bukan untuk orang lain. Lantak la orang lain cakap apa. LOL!
TEEHEE!!
Bye Ho!!




11 comments:
nie bukan pendapat org lain cik bubu..tp diri sendiri(syaz) rase lg ok pkai tudung bawal je..selesa + perasan cun..hehe
sy mmg x ske pakai bawal......sbb kena gosok. So bila dh kuar shawl2 yg meletop nie.....mmg like sgt. Cme lelaki mmg ske tgk kita berfesyen berkenaan tudung nie
ala....entah lah.. tp lg selesa pakai selendang..... tudung bawal? da lama ku lemparkan hilang entah ke mana..huek3... da tade satu pun tudung bawal kt hanger tudung ni???
hehehe..nanggar rupa org makey juak sbenarnya..tp tudung bawal nang ok agik lah.nak mcm stail kinek tok ya agak serabut juak kmk nanggar koh,tp kadang2 suka juak nanggar..tang kretip jak fesyen kedak ya..=P tpulang.asal jgn bebelit gilak jd cam org gila bak padah kwn ktk ya tek..hehehe...
thankz everyone..
selesa gak pakai selendang... takyah iron.. tpi tu la.. huhu dah org "tu" nak tngok pakai bawal.. huhuh
selesa?? its okay la
pakai tudung bawal ke shawl ke, semua tu atas keselesaan diri sendiri.betul tak? kalau tak selesa pakai shawl, tak payah la pakai shawl walaupun ada orang cakap kita cantik n gojes macam mana2 artis.. just be ourself.. (^_^)v
p/s: just sekadar pendapat sendiri sahaja..
pakai yg mana nampak cantik dan menutup aurat sudah la..
biar orng nak kata apa..
"jum tukar banner, saya dah letak banner awak"
Kalo pakai benda pelik2 ni (menatang yang macam cubaan bunuh diri sebab dok lilit2 leher) attract perhatian org. Lelaki ni cukup pantang pompuan yang dia suka di'usha' oleh lelaki len...Sebab tu la kotttttttt
sobs sobs....dalam dilema~
bawal? dh lama x pakai sbb malas nk gosok.. tudung sauk best! pepun, nk try pakai pashmina la.. hehe ;)
Post a Comment