Sunday, April 8, 2012

SYAKH (1)


Kehadiran pelajar Tingkatan 6 Rendah dari sekolah lain buat aku menyampah.. Sekolah ni.. Kami punya.. bukan korang yang punya.. Ahhh! Aku yang berada dalam tingkatan 4D sangat membenci kehadiran pelajar dari sekolah lain yang akan mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah aku.  Bajet hebat sangat ker? Pokoknya.. Aku memang tak suka! Menyusahkan... Cikgu tak masuk kelas, sebab uruskan pendaftaran mereka.. Bosan! Aku nekad untuk ronda-ronda satu sekolah bersama kawan aku Mazie...

Dengan masih berpakaian nasyid, sebab terpaksa buat persembahan untuk ibu bapa pelajar yang baru mendaftar... <-- nampak tak menyusahkan jer.. aku ronda-ronda satu sekolah. Terdetik untuk pergi ke perkarangan pejabat am sekolah. Kot-kot ada cikgu yang perlukan bantuan dari aku. Maklumla.. Aku student popular di sekolah.. Hahahaha Perasan!! Semua cikgu kenal aku ok! Aku terpandang ke satu arah yang aku pun tak pasti kenapa boleh menarik perhatian anak mata aku.  NERDY!! Yup! NERDY!! Rambut skin head, pakai songkok.. Kasut sekolah putih zaman tahun gajah.. (Aku pakai kasut north star ok.. Paras atas buku lalai lagi. Giler stylo.. Hahahahah) Muka innocent giler. Pecah gelak aku! On the spot! Dia yang muka blurr blurr kehairanan tengok aku.  

"Assalamualaikum akak.. Nak tanya, pendaftaran pelajar Tingkatan 6 Rendah kat mana?" Aku terdiam sekojap.  Hello!! Im only 16 ok.. Muka aku kelat! Tua sangat ker? NERDY sengih kat aku dari tempat duduk dia.. Aku yakin, akak yang tanya kat aku tu mest member dia. " Maaf kak.. Saya baru form 4. Pendaftran kat ruang legar. Akak jalan terus jer ikut alur gajah ni. Akak akan jumpa. " Lantas aku senyum terpaksa. Ciss.. Hari pertama dah spoil.. Macam mane la aku nak uruskan hari-hari mendatang ngan kehadiran mereka ni? ERGHH!


********************


Hari kian hari berlalu. Boarding school memang membosankan bagi aku. Macam penjara. Masa nak outing kena berlari sana-sini cari warden bertugas untuk dapatkan signature kebenaran.  Dari tingkap depan katil aku yang menghala ke blok lelaki dan diantaranya ada masjid, aku tengok kawan-kawan aku yang main takraw.  Perghh!! Sorang mamat ni handal derh... Menarik perhatian anak mata sampai nak berkelip pun anak mata aku tak kasi. Hahahaha.. Layan jer... Zasss!!! 

Kedengaran budak selang sebelah katil aku ketawa gedik.  O... Rupanya bukan aku sorang yang cuci mata. Hakikatnya, aku bukan suka-suka cuci mata. Memang aku macam ni. Aku suka termenung, pandang ke luar tingkap, tengok tumbuh-tumbuhan yang hijau. Aku rasa lebih tenang dengan fikiran aku yang bercelaru. Mak aku sakit kat umah. Aku pulak tak dapat balik. Mana tak nya perasaan aku haru biru pink hijau coklet purple, semua ada.. 

" Tu.. yang tinggi tinggi tu.. " 
" Yang mana satu ni? "
" Pakai baju kuning tu.. "
" O... A ah.. Hensem la.. Tinggi plak tu.."
" Eheksssss.."

Ewwww... Geli ketiak aku. Mengintai budak laki ek? Tapi, bukan aku pun mengintai jugak ker? Oppss!! Aku TERRRpandang ok!! TERRR.. Aku tersedar perbuatan aku yang terpandang lama kat mamat hebat tu sebenarnya satu kesalahan disiplin dalam hidup aku. Aku tarik pandangan, terus baring membaca novel kegemaran karya Damya Hana "Bicara Hati".

" Hensemnya."
"Machola.."
" Sweet... Macam hero dalam novel.."
" Ko dah bagi surat kat dia?.."
" Dah.. Tapi dia tak balas lagi.."

Hoi!!! Diam boleh tak? Nak jer aku tengking dia orang macam tu. Kalau dah gatal sangat.. Turun la sendiri kat gelanggang takraw tu. Aku geram. Rasa macam nak turun, jumpa mamat tinggi hensem yang dorang cakap tu then bagitau yang.. "Hoiii.. Ko blah dari sini boleh tak? Minah gedik kat sebelah katil aku buat bising asyik mengintai ko jer!" Tapi itu hanyalah imaginasi.. Aku tak seberani tu. Aku kembali ke pinggir katil, mengintai di celah tingkap. Mencari siapa yang mereka maksudkan. Macam pembunuh misteri mencari target untuk mangsanya!! Sesekali aku curi dengar perbualan gedik mereka untuk mengetahui kedudukan sasaran. 

Yeah!! Itu dia! Mamat kepala macam nak botak! Aku benci budak skin head! Tinggi lampai. Badan sedang2. Tak kurus, tak tinggi. Berdiri sebelah tiang alur gajah. Hampir menyerupai tiang jugak. Ku amati betul2. Aku amik sepasang mata tambahan supaya pandangan ku jelas. Macam kenal... Macam pernah ku lihat saja mamat ini. Tapi di mana ya? Terlinlas skrip filem senario dalam kepala aku. 

Oh... Oh.. Oh.. Aku memang kenal!!! Inikan si.... Arghhh!! NERDY!!!! !@#$%^&*() Macam mana dorang boleh buta nampak si NERDY tu hensem. Hello!! Abg takraw aku lagi cool ok.. Cool.. Cool itu yang buat dia nampak hensem bergaya. Bukan nerd yang macam moron giler. Ah.. Biar la.. selagi dia tak ganggu hidup aku... 


*******************

Jumaat.. Usrah untuk pelajar perempuan dan pelajar lelaki akan solat Jumaat di masjid.  Makmal kimia yang merupakan kelas bagi kami sentiasa riuh rendah dengan suasana murid 4D yang sememangnya nakal tetapi brilliant. Wan.. Sahabat baik aku. Tanpa aku sedari... Aku menyimpan perasaan dengan dia. Kami satu kelas. Dia pernah cakap kat aku, dia kena jadi top dalam kelas supaya dia dapat kalahkan aku.. dan jadi boyfriend aku. Walaupun satu gurauan.. Sebenarnya.. itu yang aku harapkan dari kau Wan. Memang itu yang aku harapkan.  Nor memanggil aku. Sahabat yang banyak berkongsi perasaan suka dukanya dengan aku.  

"Aku rasa, aku suka dia."
"Siapa? Wan ker?," aku bertanya. Pura-pura tak tau. Macam kura-kura. Padahal aku dapat baca perasaan dia.
" Yelah. Tapi aku rasa dia suka kat ko," Nor menghembus nafas kecewa.  Aku cuba kuatkan semangat dia. Konon memberi motivasi.
" Takkan la. Aku ngan dia kawan jer. Lagi pun aku kan ada abg takraw. " 

Cuba mengawal keadaan. Macam tengah memandu pesawat boeing. Segalanya di tangan aku. Kalau tak penumpang akan terjunam bersama aku aku sekali. Siapa penumpang? Nor.. Kawan aku.. Dia lah penumpang. Aku tak tahu kesahihan berita yang Nor sampaikan. Tapi, berita itu sedikit menggembirakan aku. Tapi aku bersalah sebab mengkhianati kawan aku. Aku seorang sahabat yang jahat! Kejam! Zalim!

"Nurul!" Terdengar suara Wan memanggil aku. "Sini kejap."
Aku pandang Nor. Wajahnya bertambah masam. Lagi masam dari cuka. Nak pergi ke tak ni. Rasa bersalah. Tiba-tiba Nor bersuara.
"Pergi je la. Tak payah nak serba salah." Nor macam tau jer.. 

Aku teruskan langkahku menuju ke arah Wan.

"Nape ni?" Aku bertanya. <-- Yela.. Takkan aku jawab plak.. Hihihi.
" Aku nak bagitau kau sesuatu."
"Apa dia?"
"Kau baca perkatan yang aku tunjuk kat kau k."
"Ok."

Wan mengambil Novel Bicara Hati yang aku slalu baca berkali-kali. Walaupun bukan aku punya. Aku jadikan macam harta aku. Hahahahah

Wan tunjukkan satu perkataan. Aku baca.
"Aku"
"Yang ni plak? Jari Wan menunjuk perkataan sayang. Jantung aku berdegup kencang. Menari dangdut.
"Sayang"
"Ini?'
"Kau"
"Cuba ko sambung"
" Aku sayang kau.. " Aku sambung perkatan tu. Jadi satu ayat. AKU SAYANG KAU.

Wan tersenyum gembira. Aku hanya memandang dia dengan debaran dan penuh tanda tanya. Apa semua ni? Dia bagitau dia sayang aku ker? Tapi dia ada cerita kat aku yang dia suka kat akak form 6 yang satu kelas ngan NERDY tu. Wan? Apa semua ni? Wan terus tersenyum. Laungan azan berkumandang. Wan masih tersenyum. Tersedar dia dah lambat ke masjid. terus bergegas keluar dari kelas. Aku menuju ruang legar penuh dengan tanda tanya. Terdetik di fikiran ku. Aku harus mencari kakak form 6 tu. Dia nak praktis yang dia luahkan perasaan dia kat akak tu ker? Macam cerita kuch-kuch ho ta hai? Shah Rukh Khan praktis luahkan perasaan dia kat Kajol, tapi dia sebenarnya nak bagitau kat Rani. Damn! Celaru. Aku harus cepat ke ruang legar! Mencari insan bernama Izzati.. Ye.. Kak Atie.. Nama dia Kak Atie.. Aku pasti.. Ti.. ti.. ti...


BERSAMBUNG......

Thankz for reading!!(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...