Friday, June 1, 2012

SYAKH (2)


(Gambar sekadar hiasan. Ihsan dari Google)


Aku terus meluru ke arah ruang legar.  Ramai pelajar perempuan dah sembang kencang di situ.  Maz, bestfriend aku ikut aku meluru tak tau pape. Terdetik jugak rasa hati nak tanya siapa yang bernama Izzati sila berdiri atas pentas sekarang! Ok.. Itu cuma imaginasi aku yang sedang gila! Tiba-tiba Maz menarik lengan aku ke bahagian depan pentas.

" Kita amik port kat sini la. Panggil kawan-kawan kita yang lain,"kata Maz.
"Ok" jawab ku ringkas.

Aku berlari ke papan kenyataan di persimpangan antara kelas dan bilik guru.  Ada pondok menunggu di situ. Oppss!! Macam kenal. Abg takraw. hukhukhuk. Aku kontrol ayu. Jantungku tak la berdegup sangat pon. Cuma berharap yang abg takraw tu sedar kehadiran aku. Huhuhu.

"Uit" Nor mencuit.
"Ko buat aku terkezut beb."
"Terkezut apa benda ko ni? Mengelamun ke apa? Ke kontrol Ayu sebab depan Syakh?"
" Wait! Sape Syakh?" Adakah abg takraw aku bernama Syakh. Kepala aku ligat berfikir. Mengharapkan jawapan positif dari Nor.
" Tu ha.. Jejaka idaman SMK Andalus Satria." Nor menuding jari ke arah seorang mamat.
" What? Mamat NERDY tu? Idaman SMKAS? Eww"...

Rupanya nama mamat NERDY tu Syakh. Ok. Aku bukan nak tau nama dia. Aku nak tau siapakah insan yang bernama Izzati. Aku, Nor, Hel, dan Syid bersama berjalan ke arah Maz. Sebaik saja sampai kat situ, setazah yg PIC untuk hari tu dah ada kat depan mata. Ok. Usrah pun bermula. Mata aku ligat mencari tag nama yang bertulis Izzati. Mencari dan terus mencari. 

"Baik, sekarang Ustazah nak volunteer untuk naik ke pentas." kata-kata ustazah mambuat aku kecut perut. Memang la aku ni pernah wakil sekolah untuk Syarahan, Pantun, Sajak.. Tapi benda-benda volunteer naik pentas ni aku tak suka ok!

"Takder sape nak naik pentas.. Ustazah panggil sape yang ustazah kenal."
Yesss! Setazah baru ni mesti tak kenal aku. Lega siot.. Huhuhu

"Ati dari 6 Rendah A. Ustazah nampak awak. Naik pentas ye."

Sentap aku. Mata aku terus mencari sesiapa yang berdiri menuju ke pentas. Oh. Tu dia. Orang nya manis, berkulit cerah. Kecil molek. Berkaca mata. Bila berada di atas pentas terserlah kewibawaannya <--ayat aku yang harrem gilors. Bila menjawab soalan setazah, dia nampak tenang. Lemah lembut. Ketawa sekadar senyum. Menampakkan barisan giginya nya putih macam iklan colgate. Berbanding ngan aku, bila ketawa, Pontianak harum Sundal Malam pon kalah. Ok. Itu pengakuanku. Aku harus ubah perangai ini. Bila difikir-fikir, siapa la aku dibandingkan dengan dia. Sesuai dengan Wan yang kelihatan tenang, sejuk mata memandang.  Aku mengalah. Berhenti berharap.


**************************************

Prep malam macam biasa. Selepas solat isyak berjemaah di masjid, prep malam bermula. Aku dang geng2 Nokia berjalan dalam satu kelompok.  Bergurau senda sesama sendiri itu perkara biasa bagi kami. Indahnya persahabatan. Susah senang kami bersama. Tapi antara mereka, aku paling rapat dengan Maz. Maz la yang sudi mendengar semua kisah sedih mahupun kisah gembira aku. Segalanya aku kongsikan bersama Maz. Maz tahu semua. Aku dapat rasa Maz faham perasaan aku. Dan sebab itu aku lebih selesa dengan Maz. 

Di simpang depan masjid antara asrama depan asrama lelaki dan asrama perempuan, aku bertembung dengan dengan NERDY.  Aku biarkan dia dan kawan-kawannya berjalan dihadapan kami. Langkah perjalanan semakin perlahan. Aku tak tahu kenapa dorang ni berjalan depan kami lambat sangat. Macam aku nak overtake jer dorang ni. Nor menarik lengan tanda suruh aku tahan sabar. Yer... Sabar itu separuh daripada iman. Sampai di simpang depan pondok kecik tu, aku sempat mengintai si NERDY. Bukan intai sebab suka. Tapi intai sebab takder sebab. Mungkin sebab menyampah. Hahahaha Tapi aku perasan, si NERDY pun sempat memandang ke arah kami sambil tersenyum. Senyuman yang pernah aku nampak sebelum nie. Senyuman yang seakan-akan mengejek. Konon dia lah jejaka terhangat dipasaran. Haktuih!!

Sesampai di kelas, aku terus bukak buku siapkan kerja rumah.  Nasib baik aku dok kat asrama. Kerja rumah sentiasa settle. Kalau tak faham boleh buat group discussion. Kalau aku pelajar harian, belum tentu aku serajin ni. Dengan tv depan mata. Penuh godaan. Syukur... 

Perlu masa satu jam lagi untuk aku balik ke dorm. Wan datang jumpa aku.  Sebuah nukilan puisi ditujukan khas untuk aku.  Ku baca lembaran kertas yang dia berikan. Dengan hati bunga-bunga.. Berharap kononnya luahan rasa cinta monyet gatal..

Menemui insan bernama Nur Hasanah,
Kau yang glamer dengan gelaran Shana,
Lemah lembutmu,
Sopan santunmu,
Gelak tawamu,
Haruman mu yang seperti bau Shieldtox,
Aku harap persahabatan kita kekal selamanya....
Together forever.. Sampai bila-bila..

Aku nampak, lukisan Shieldtox dan nyamuk di sudut kanan bawah kertas A4 tersebut.  Aku hargai puisi yang diberikan untuk aku.  Walaupun aku agak bengang dengan haruman ku yang dikatakan berbau Shieldtox, aku tau niat dia ikhlas.  Aku pergi menemui Wan, memandangnya dengan 2 bijik mata aku, hanya mampu tersenyum.

" Apa pun yang terjadi, kita tetap kawan k,"
" Ok, janji," sahut Wan.

Aku kembali ke tempat duduk, menghadap luar tingkap.  Termenung.  Macam-macam perasaan ada. Rasa sedih, kecewa, hampa, omputeh kata frust, orang melayu tambah menonggeng.. Jadila frust menonggeng. Nasib baik aku tak tertonggeng-tonggeng.  Sedang asyik melayan perasaan, aku nampak kelibat 2 orang lelaki lalu di koridor kelas.  Aku yang duduk di tepi tingkap, mengintai-intai. 2 orang lelaki tersebut berhenti di kelas sebelah.  Tak lama lepas tu terdengar classmate kat belakang menjerit macam ternampak hantu. Aku toleh kepala ke belakang, oh my.. Mereka begitu excited sampai terkinja-kinja. Ewww.. Gedik sungguh anak gadis itu. Walau macam manapun, mereka tetap kawan aku, classmate aku.


Aku nampak mereka lari ke tepi tingkap mengintai-ngintai ke koridor.  Hantu mana la yang dah merasuk jiwa depa ni.  Kepala ku penuh tanda tanya. Meh sini. Aku nak wat spotcheck!!

Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke koridor, 2 kelibat manusia tadi berhenti betul-betul kat depan aku.  Kawan yang dok mengintai tadi pon duduk tempat sendiri, diam tunjuk baik atau lebih dikenali dengan control ayu.  Aku mendongak wajah ke atas. Didepan ku betul2 figure yang aku kenal dan aku sangat taknak berjumpa atau terjumpa atau menjumpai dia pon adoii.. "SYAKH!"

" Erm, boleh ke tepi sikit? Nak lalu jap."

Aku seakan-akan speechless. Diam seribu bahasa, memberi laluan kepada dia. Syakh. He speak to me? Dengan muka kerek dia.  Ya Allah.. Hati aku macam nak menjerit.  Aku start berimaginasi nak wat sidekick, kung fu jackie kat dia. Imaginasi ku terhenti bila aku nampak dia menghala ke meja Wan.  Aku nampak mereka sembang kencang.  Gelak ketawa. Cuba curi-curi dengar, tapi aku tak bisa. Kecewa, aku duduk semula ke tempat asal. Terdiam. Ada satu rasa yang berbeza. Kenapa? Kurasakan jantungku berdegup kencang. Macam pukulan gendang tarian naga oleh orang cina. Aku masih terdiam. terkedu tanpa suara, tanpa bicara. Kenapa? Kenapa? Kenapa?


TO BE CONTINUED...












Thankz for reading!!(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...