Saturday, July 21, 2012

Salam Ramdhan 1433H

Assaalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam 1 Malaysia.. Salam ukhuwah untuk semua.. Tak lupa jugak.. Annyeonghaseyo!! Hihihi




Sekian lama aku tak taip entry gilerz.. Rindu rasanya.. Cewahh.. Sebenarnya.. Aku nak share kat korang semua.. Bahawa.. Kuasa Allah itu sangat sangat sa.....ngat besar.. Allah sangat berkuasa.. Aku rasa selesa dengan diri aku yang sekarang berbanding diri aku yang dulu.. Aku bersyukur di temukan dengan insan bernama Mimi dan Syida.. Mereka banyak mangajar aku bagaimana untuk mencintai Allah S.W.T dan Rasullullah S.A.W... Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah.. keranan mempertemukan aku dengan mereka.. 

Syaaban 1433 banyak memberikan suka dan duka kepada aku.. Tapi peristiwa yang tak dapat aku lupakan bila along aku.. Satu-satunya abang yang aku ada.. Pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya.. Walaupun arwah bukan abang kandung aku.. Tapi kami sekeluarga sangat sayang kat arwah.. Ya Allah.. Kau tempat kanlah arah di tempat orang-orang yang soleh Ya ALLAH.. Satu hari nanti, kita pasti akan kembali pada yang maha kuasa.. Ya.. Begitu juga dengan kita.. Dengan korang, dengan aku sekali. Siapa tau.. Lepas jer aku taip entri ni.. Aku pergi mengituhadap illahi.. Jadi, sama-sama kita mengingati sesama sendiri, bahawa mati itu sesuatu yang pasti.. dan hidup itu adalah dengan izin Allah.. Subhanallah... 

Hehehe.. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan kepada seluruh muslimin muslimat yang membaca entri Nurul ni... Selamat menyambut Ramdhan Almubarak dan selamat berpuasa... (^_^) Akhir kata.... Renung2kan dan selamat beramal!!! Keh keh keh..



Thankz for reading!!(^_^)

Sunday, July 1, 2012

SYAKH (3)







Ayu berlari-lari meluru ke arah aku yang sedap menikmati aiskrim yang aku beli dari koperasi asrama.  Aku nampak dia tercungap-cungap keletihan. Kenapa la dengan minah ni? Emergency sangat ke dia carik aku erk?

"Shana!"
"Kenapa Ayu?"
"Wan!"
"Kenapa dengan Wan?" Aku mula risau. Nape dengan Wan? Jatuh longkang kah?
"Dia bagi kasut kat Cinderella dia."
"What? Cinderella? Mana ko dapat information ni?"
"Aku outing tadi.. Aku nampak dia beli kasut pompuan."

Aku berfikir. Siapa Cinderella dia. Setahu aku, dia hanya ada Princess. Oh Ya! Mungkin Princess Cinderella. Erm. Aku kah Cinderella tu? Dia pernah panggil aku Cinderella dulu. Sebab aku tertanggal sebelah kasut sukat time dok tendang bola. Konon hebat. Tapi HAPRAK! Kenapa tak ada perasaan gembira pun pada hati aku.  Apa yang aku rasa hanya risau. Risau yang terlampau. Aku rasa sangat cemburu dengan Cinderella.

Aku berjalan perlahan menuju ke asrama perempuan. Tertunduk. Fikiran ku menerawang entah kemana. Mungkinkan ke Jeju Island, atau ke Seoul.  Atau ke Harajuku? Menikmati gugurnya kelopak bunga Sakura. 

DUSH! 

"Opps! Maafkan saya! Maafkan saya!"
"Awak ok ke? Betul takder pape?"
"Ye." Aku meminta maaf tanpa melihat siapa yang melanggar aku.  

Dia mengekori ku. Hemh! Ada aku kesah. Lantak ko la nak ekot aku. Aku kecewa nih! KECEWA!

"Nur!" Wan? Hatiku tersebtap mendengar wan memanggil nama aku. Ya hanya dia seorang sahaja yang memanggil aku dengan panggilan Nur. Kerana hanya aku seorang yang memanggilnya dengan ilan Wan. Yang lain semuanya memanggilnya dengan nama Yazid.  

"Kenapa ko panggil aku?"
" Ni, Syakh bagi Novel yang ko baca."
"Eh? Macam mana boleh ada kat dia?"
"Dia kata tadi ko terlanggar dia. Lepastu ko tak perasaan novel ni jatuh. Dia kata ko macam orang mati laki jerk. Jalan tunduk jer. Macam orang frust. Huhuhu"
"Ye ker? Memang aku frust pon." Aku menjawab seakan berbisik.
"Apa?"
"Ah? erm, bagitau kat dia, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak."
"Ok. Nur, aku dah jumpa Cinderella aku." Kata-kata Wan membuat aku tersentak seketika. Siapa Cinderella ko Wan? Tolongla bagitahu aku.

"Nur, bila tiba masanya, aku akan bagitahu ko siapa Cinderella aku k." Wan berlalu tersenyum girang. Meninggalkan aku yang terkedu tanpa bicara. Tiba-tiba...

DUSH!!! 
"Hadeyh! Sakit siooott! Agak-agak la nak tendang bola pun!" Kenapa la bola ni? Time aku ngah feeling la dia nak terbang singgah kat kepala aku. Terasa kepala aku pening-pening lalat. Penuh bintang-bintang berkelipan mengelilingi kepala aku yang naik benjolan akibat bola itu.

"Wah! Sape la yang hebat lagi berstamina tendang bola sampai kat kepala aku ni?"
"Erm.. Awak ok tak?"
"Ko rasa ok ker?" Aku sakit hati. Mendongak dan cuba membaling semula bola yang terkena kat kepala aku ni ke muka dia. Baru dia tau macam mana rasanya cium bola. Hehehehe. Belum sempat aku nak baling aku terkezut. Dihadapan aku berdirinya seorang mamat yang buat aku perasan cantik. Ye.. Abg takraw. Huhu Abg takraw. Hatiku berbunga-bunga. 

"Er.. Saya tanya ni, awak ok ker?" Kawan sebelahnya bertanya.
Aik? Macam aku kenal kawan sebelah ni. Oh my... SYAKH??
"Sorry la, aku tersepak kena ko. Ko ok ker? Syakh bertanya. Wajah bersalah tertulis di mukanya.
Wajah menyampah pulak tertulis di muka aku! Nasib baik ada abg takraw. Kalau tak.. nak saje aku tengking-tengking mamat tu derh.

"Tak apa. Aku ok." Jawab ku ringkas. Tanpa sengaja aku terpandang anak mata dia. 
Dup dup dup dup dup! Ada satu rasa, yang aku rasa setiap kali aku bertentang mata dengan mamat NERDY tu. Aku tak sedap hati. Degupan jantungku makin kencang. Err.. Baik aku beredar. Ku serahkan bola yang ada kat tangan ku pada Syakh, dan aku tinggalkan mereka berdua yang nampak pelik semacam tengok aku yang pelik semacam. Erk.. Ayat dah lintang pukang.


***********************************************************

Aku teringat peristiwa petang tadi. Waktu di dewan makan. Ketika kami sedang berbaris di dewan tunggu turn untuk ambik makanan, aku perasaan di depan aku geng-geng kak Ati. Nor yang berada di belakang aku menarik-narik baju aku. Aku faham maksud dia. Aku curi-curi dengar perbualan mereka. 

"Untungla ko Ati."
"Untung apa?" Jawab kak Ati sambil tersipu-sipu.
"Ye la, semalam ada orang hadiahkan kasut untuk ko."
"Ish, mana ada."
" Ala, tak payah nak sembunyi la. Aku tau. Siapa yang bagi? Prince Charming ko kan?" Hahah Ko kan CInderella dia... "
"Hahahah ye lah tu" Sahut kak Ati ringkas. Tersenyum manis. Kegembiraann Dan aku...

Hermh. Cinderella.. Bertemunya aku dengan Cinderella, maka berakhirlah kisah Aku dan Kau.  Aku mesti akhirinya. Jangan sampai ada rasa gelisah yang tak menyenangkan dan mengganggu hidup aku untuk selamanya.  Harus ku selesaikan. Ya.. Harus ku selesaikan.

"Hoi! Mengelamun apa?" Sergah Nor.
"Owh. Terkezut aku beb!" 
"Eh, buku apa ni? Ko tulis apa?"
"Eh takder pape.. diari aku.. Huhu.." Aku menarik menutup buku yang berada di depan ku.
"Well, kerja rumah fizik dah siap belum? Nak tiru."
"Erm.. Nah, amik la.. Heheheh"Aku serahkan pada Nor sambil tersengih.
"Shana, aku dah give up dengan Wan. Dia dah ada orang lain. Aku stress! Aku tiru jer latihan ko ok.!"
"Erm. Ok" Jawabku seakan takde perasaan mendengar luahan hati Nor.
"Apa la ko ni? Macam tak ada perasaan. Dah la."

Aku masih memikirkan macam mana aku nak mulakan luahan isi hati kekecewaan aku kepada Wan. Aku jadikan buku ini sebagai perantara kepada kami. Aku harap Wan juga membalas apa yang aku tulis dalam buku ini.


Assalamualaikum Wan. Wan, aku nak bagitahu kau sesuatu, tapi, aku segan.  Jadi, aku harap, buku ini akan jadi perantara antara kita. Aku nak tahu kepastian dari ko, pasal hari Jumaat hari tu, Dalam novel tu, yang ko tunjuk kat aku tu. Apa sebenarnya? Erm.. Siapa Cinderella ko? Ko kata nak bagitahu aku.. Sebab, sebelum ni ko pun pernah panggil aku Cinderella.. Aku nak ko balas jugak dalam buku ni. Biar ni jadi perantara antara kita. Oh yer. Aku nak lagu ni, aku tujukan untuk ko. Aku harap ko faham.  

Aku menuju ke meja Wan. Aku serahkan buku tersebut pada Wan. Wan melihat penuh dengan tanda tanya?

"Baca Wan. Tapi jangan bagi orang lain baca atau nampak atau tahu pasal buku ni. Ok! Janji!" 

Aku terus pergi ke meja ku sendiri tanpa memperdulikan sepasang mata yang dari tadi melihat aku. Dia berdiri di pintu belakang kelas dan asyik memandang aku. Ntah kenapa? Aku tak pasti. Tapi aku tak nak ambik tahu pasal dia. Lagi pun aku tak suka dia. Biarlah dia hidup dengan dikelilingi awek-awek gatal yang syok kat dia. Sorry Syakh. Aku takder mood nak bertekak dengan ko mahupun takder mood nak menyampah dengan ko apatah lagi nak kontrol ayu. Sebab hati aku macam nak musnah. Tolong jangan kacau aku Syakh. DUP DAP DUP DAP! Cepat Syakh. Berambus la engkau dari belakang pintu tu. Berambus!!!!


TO BE CONTINUED....

Thankz for reading!!(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...