Friday, August 19, 2011
"Heechul's Room" OMG!
Thursday, August 18, 2011
Belog Shana dah di make up! (mintak pendapat plz..)
Tolong berikan pendapat U olz keyh!!
Ok.. Nak semadikan gambar 'Hongki Budak Kiut Saya' kat sini sebab..
TEEHEE!!
Bye Ho!!
Tiada maksud yang tersirat selain yang tersurat, sekadar bertanya pendapat.. Sudi-sudilah mengomen, mengkritik, mengutuk dan seantero dengannya..Akan ku buka hati, jiwa dan raga untuk terima seadanya...
Wednesday, August 17, 2011
INGAT!! Status Golden Churn!!
Tarik nafas..... LEPAS... Tarik lagi... LEPAS... Tarik...... Tahan... 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8.... LEPAS!!! Jangan lepas ekot yang tak sepatutnya sudah... Ok... Fuh... Punyalah Shana bengong dengan perihal Golden Churn ni. Yela.. Tak lama lagi raya, so.. semiggu sebelum raya dah kena start buat KEK LAPIS dah.. Satu hari satu kek. Ok... Ckup.. Tak yah nak banyak2 sangat... Raya ke 5 baru buat kek lagi, nak bawak tok member2 kolej. Arghhhhh!!! Tiba2 Shana terfikir sesuatu... Bukan ker Golden Churn dikatakan mengandungi DNA "ngot-ngot"!
OMK!! Macam mana ni? Rasanya bonda Shana yang tercinta dah beli 10 tin Golden Churn itu! NO WAY!!
Suddenly,
Apoi (Tauke) : Lu mamak(mama) mana?
Shana : Saya mamak pergi Kuching.. Kenapa Apoi?
Apoi (Tauke) : Nanti kasi tau lu mamak itu mentega ada ada DNA babi ho.. Kasi dia tukar sama saya. Dia sudah beli itu hari 10 tin meh..
Shana : wokeyh!!!
Hohhooho keraguan ku hilang.. Cessss!! Memang tak leyh guna. Apasal la Shana ni tak up to date. Paper BERITA HARIAN 3 Ogos 2011 kot.. Adui... (Beita Harian mahal kat S'wak so tak beli).
Ok. Petang ni jugak Shana tukar ngan Apoi... Hehehheeh Tukar ngan mentega lain? Tak la.. Sapa cakap.. Tukar ngan cash money la.. NGEEE!!(tanduk setan tumbuh di bulan pose..) Selamat tinggal Golden Churn.. Pada sesapa yang still tak sure lagi camner ghopa bentuk dia.. Hah.. ni dia... Ingat...!! Jangan silap beli!!
Seumur hidup Shana, mentega ni jer yang mak guna untuk wat kueh...
Maksudnya...
- Selama ni aku makan kueh yang ada DNA... ewwwkkk!! Ueeekkkk!! Huk Huk Huk!
- Aku kena buang semua alat-alat yang aku guna untuk buat kueh...
- Aku patut samak kah???
- Macam mana ngan dalam perut aku ni..
- Patut la selama ni aku rasa aku makin bebal.. Rupanya dah makan... Erkk. MUALL!!!
Wordless Wednesday (3)
Hero, U-know, Kangin, Heechul
B4 the debut of SUJU & DBSK they should be in a group call
4 SEASON
opppss!! It's not a wordless Wed anymore coz I tell u guys what is this pic about.. Huhuhu
Have a nice Wednesday with some pinky ice cream!!!
Thursday, August 11, 2011
My experience become a teacher for only 30 minutes !!!
10.15 am-->Aku siap untuk pergi ke sekolah dengan tujuan asal, aku nak edarkan borang soal selidik untuk budak-budak tingkatan 4. Aku kena collect data tu jugak dalam minggu jadi, Selasa lepas aku dah jumpa dengan PK1 sekolah tu. Cikgu tu tetapkan aku kena pergi pagi ni. Hati aku betul2 berdebar. Dengar kata, kelas tu budak kelas nakal. Dengan fizikal aku yang macam budak 18 tahun ni (ramai yang teka umur aku 18 tahun) agak-agak dia orang nak dengar tak cakap aku? Tapi sebelum tu aku kena belikan pensel untuk mereka sebagai hadiah. Ala, pensel 2B jer... Hihihihihihi
10.45 a.m--> Aku sampai kat sekolah dengan jeans "Down Town" aku yang aku kenakan dengan Baju Keparat Baju Korporat MTM Kolej Kediaman aku. Berguna jugak baju tuh. Hahahah. Aku terus pergi pejabat guru dan tunggu PK1. Tunggu punya tunggu, PK1 ada kelas la pulak.. Masa aku untuk collect data tu tak lama lagi. ye la, dah janji pukul 11.15 pagi kena masuk sekali dengan cikgu sophia. Cikgu Sophia pun aku tak tau sapa. Ya Allah... Apa aku nak buat? Ah!!! Aku nampak PKHEM. Erm... Baik aku jumpa PK HEM.
11.00 a.m--> Cikgu Ismail (PKHEM yang juga bapa classmate aku time Primary School) bawak aku pergi jumpa Cikgu Sophia. Erm, Cikgu Sophia. Baik orang nya, kami pun berbincang macam mana nak handle kelas 4E. Dia pun ada jugak cerita pengalaman dia time jadi cikgu. 13 tahun, memang penuh dengan suka duka. Huhuhuu Menurut Cikgu Sophia, kelas 4E ni memang susah sikit nak kawal. Anak muridnya nakal-nakal, tapi dia ada kata, walaupun nakal, tapi mereka masih boleh dengar apa yang cikgu kata. Masih hormat pada cikgu. Lepas tu, perasaan aku pun macam-macam ada. Nervous, curious nak tau, arghhh!! Aku kena hadapi sendiri.
11.15 a.m--> Fuh.. Langkah demi langkah ku bersama Cikgu Sophia menuju ke kelas 4E. Sampai di pintu kelas, akhirnya aku jumpa jugak dengan warga 4E. Dan ini lah mereka.....
(tengokla telatah budak-budak laki yang sengal-mengal ituh.)
Bila tengok meka nih, rasa macam adek sendiri. Almaklumla, Shana just ada sorang adik laki jer. Shana sangat sa........yang dia walaupun dia dah 18 tahun, tapi I still kiss pipi dia ok. Hahahaha! And sometime we are hugging. ADEK!!!! AKAK SAYANG ADEK!!!
Time edarkan borang soal selidik ngan mereka, mang la takleyh nak kata apa. Tapi meka nie happening sangat! Sampai pening di buatnya. Tapi... Kalau u all nak tau, Shana dah jatuh hati ngan mereka... hehehe..
Pesanan Shana untuk 4E...
Study bena-bena...Iboh gaok gilak..Dengar padah cikgu k...
TEEHEE!!
Bye Ho!!
Wednesday, August 10, 2011
Monday, August 8, 2011
Review: Kdrama 'Bad Family' - not a 'Bad Story' at all
Semuanya berpunca dari mamat kat atas ni!! Dia la punca! Punca segala punca! Arrggghhhhh! Sebab dia, aku tak cukup tido.. Sebab dia jugak la aku nangis satu hari. Sebab dia jugak aku gelak2.. Sengih2.. Senyum sorang macam orang gila. Arghhh!! Aku dah gila!! Sebab dia...!!! BECAUSE OF HIM!!
PLEASE AVOID THAT STUFF!!
(perenggan merapu jer kat atas ni...)
U all pernah dengar tak yang 'Bad Family' tak selalunya penuh dengan 'Bad Story'. Sape kata Bad Family tak boleh jadi Happy Family? Bagi Shana, dalam sebuah keluarga kadang-kadang ada pahit.. ada manis... Betul tak.. kadang-kadang yang pahit pon boleh jadi manis, boleh jadi masam, boleh gak jadi masin. Kite la yang tentukan perasanya. Kalau nak manis, tambah gula. Kalau nak masam, tambah la cuka. Kalau nak masin, tambah la garam. So... macam-macam rasa ada... Hehehehe Apa yang penting?? KERJASAMA!! Betul! Wonderpet tak tipu. dalam sebuah keluarga perlu ada kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain.Barula wujud suasana yang harmoni dan bahagia happily ever after. Haengbokhaeyo!! Sebenarnya, Shana nak share story pasal korean drama Bad Family. Heheheheh.
Macam yang Shana bagitau U all, punca adalah pada mamat itu. Shana ni mang gilakan dia. (Tak malu ngaku) So, Shana belek2 la cari info pasal drama2 dia. Dapatla beberapa information. Banyak tu tak la. Tapi boleh la labu.. Nak dijadikan cerita, Shana nak pergi la sedut drama korea dari member Shana ni & then, ternampakla "Bad Family". Apa lagi Shana terus sedut dengan rakusnya. Hahahaha.
Drama ni drama lama. Tahun 2006. So, nak dapatkan drama ni agakla susah. (Ramai kata susah). Yela, skarang ni ramai yang tengok drama sebab pelakon dia hensem. (<-- padahal die sendiri tengok citer ni sebab Heechul. Hahaha). So disebabkan perasaan teruja yang terhingga dengan Heechul ni, maka, Shana pon mencuba untuk layan citer ni. Episod yang pertama, mang tak derk effect. Tapi, makin lama makin layan. Banyak sangat scenes yang bermain ngan perasaan. (Cheeewwaaahh!!) Hehehe Betul.. Tak tipu..
Tengok la gelagat dia orang ni? Hahaha (aku yg syok sendiri). Citer ni bermula bila Narim (budak pompuan comel) yang baru berumur 9 tahun, terlibat dalam kemalangan jalan raya. Yang kesiannya, semua ahli keluarga dia meninggal, kecuali dia sorang jer yang selamat. Bila dia sedar, dia dah hilang ingatan, Jadi, untuk pulihkan ingatan dia, satu-satunya pakcik sedara dia buat plan untuk pulihkan dia dengan mewujudkan sebuah "Fake Family" yang sama dengan family dia sebelum ni. Di situ bermulanya kisah sebuah keluarga yang penuh dengan suka duka, pahit manis, gelak ketawa dan seantero dengannya. Daripada tak ada pertalian saudara langsung, mereka boleh hidup jadi sebuah keluarga yang bahagia... So... nak tau lebih lanjut... Plz CHECK THIZ OUT!! --> Klik! Klik! <-- (malas nak taip entry panjang2.. Hehehhe) Kredit kepada sumber tersebut.
Setiap pukul 9 malam, mereka akan tangkap gambar family! Sweet kan? Nak tau sebab apa? Kenala tengok drama ni.. Heheheh
OMK, Heechul yang cantik dengan rambut blonde dia.... TIDAK!!!!! ♥♥♥
Beliau ini merupakan tulang belakang keluarga! HYUNGNIM!!
"Do want to smell a dirt?!!"
"Family in Black"
"Family Tree" yang sweet.. hehehe
(Patutnya ada gambar aku sebelah Heechul. ♥ Ish!)
"Bad Family" live happily ever after...
♥
Pendek kata... U all kena tengok drama ni.... Hehehehhe.. Mata dah ngantok.. Esok kena bangun sahur. kang terlepas sahur, merana kelaparan di siang hari.. Hahahah. Mula la "Pankreas Band" membuat persembahan dengan gah nya mengalahkan A.N.JELL.. Hahahhahahha.
"Atashichi no danshi" pon pernah buat aku jadi gila macam ni... Menangis pon boleyh senyum.. Huhuhu.. Family is always a family....
TEEHEE!!
Bye Ho!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aku rindu blogspot aku!!!
Assalamualaikum & hiiiiiiiiiii korang! Weyh. Sumpah aku rindu gila blog aku. Tak tau kenapa time aku tengah buat entry ni, aku rasa hap...
-
Assalamualaikum & hiiiiiiiiiii korang! Weyh. Sumpah aku rindu gila blog aku. Tak tau kenapa time aku tengah buat entry ni, aku rasa hap...
-
"Auwwchh!.... Sakit la... Tak tahan.. Berenti la.. Da lebam da nie..." Sakit la.. series... Actually I dah pernah main before...
-
U all.... Comel tak awek Jepun kat atas ni?? " E.. Nak jadi awek Jepun la... Tengok kulit die orang.. Licin jer..." ...