Showing posts with label Personal Diary. Show all posts
Showing posts with label Personal Diary. Show all posts

Tuesday, June 18, 2024

Aku rindu blogspot aku!!!


Assalamualaikum & hiiiiiiiiiii korang! Weyh. Sumpah aku rindu gila blog aku.  Tak tau kenapa time aku tengah buat entry ni, aku rasa happy sangat.  Blog aku berhabuk! Uhuk uhuk uhuk!  Macam mana aku boleh teringat balik kat blog aku sebab, aku tiba-tiba terfikir macam mana kalau aku stalk diri aku sendiri kat google. B*d* amat kan aku? Hahaha!

Well.... Last entry aku tahun 2020.  Itupun aku rasa macam sebab demam YL.  Sekarang YL dah berkurang, jadi kali ni aku update entry betul-betul sebab aku rindu blog aku.  Ya Allah... Aku rindu.

Banyak perkara yang aku rindu.  Aku rindu nak hias blog, buat header, buat template, buat music background, main coding, join contest, join giveaway... tapi sekarang blog aku agak lebih matang. (Kot la....) Biasalah dulu-dulu kan zaman pakai shawl ala-ala inner terkeluar, lepas tu letak reben.  Zaman pakai pashmina ala-ala Hana Tajima.

Rindu zaman study dulu.  Dengan line internet yang tak seberapa, gigih jugak nak update blog.  Sekarang ni, bila internet dah merata, aku layan KDrama pulak. Hahahaha. Rindu nak baca blog blogger famous.  Rindu vibe vibe anak kampus tahun 2009 sampai 2012. Rindu nak meluah semua benda dengan harapan ada yang baca, tapi dalam masa yang sama nak acah-acah biarlah rahsia.  Rindu dengan semua kenangan yang ada.  Sampai rasa nak patah balik masa.

Dan...... Rindu perasaan ni.  Perasaan aku sekarang yang tengah menaip entry, yang aku sendiri akan baca bila aku rindu nanti.

So, aku harap pada diri aku sendiri untuk jadi diri aku sendiri dan happy untuk aku sendiri, dan sayang diri aku sendiri lebih.

I 💗 me!!

Jap.... nak simpan gambar kenangan Anniversary aku ngan husband and kawan-kawan aku yang celebrate birthday aku.

Ni gambar kitorang kat selfie studio kat Mall Meritz di Miri Sarawak. 



Macam biasa, pilihan yang ada kat tempat aku tinggal, Secret Recipe.  Tapikan, Aglio Olio dia hangit weyh.  Frust aku.



Ini kitorang bertiga.  Kitorang BFF ada empat orang. Sorang masih kat Sabah. Kerja kat sana, tak dapat cuti. So.. 3/4 je la....


Ok tu je!

Harap aku masih bersemangat lagi nak update blog. 

😘

Friday, July 3, 2020

My 1st entry on 2020


Assalamualaikum. Hai yolz. 


Lama sungguh rasanya I tak update blog. Selalu je konon2 nak aktif tapi senyap je lepas tu. Sapa macam tu, kita senasib. I dah tak nak dak janji nak slalu update blog. Sebab nanti tak sure betul2 aktif ke tak.


Ni pun update sebab students tengah Pentaksiran Amali 3 jam. So, sesambil tunggu dorang buat amali, I pun godek2 blog. Pastu baru teringat blog sendiri dah beberapa purnama tak update. Gitewww.


Boleh bagi tips tak macam mana nak kekal aktif blogging. TQ sebab sudi lagi baca blog kite. 




I need support.....

Thursday, December 6, 2018

Angan-angan dan impian

Aku punya impian...
Kadang-kadang aku selalu berangan-angan..
Angan-angan yang inginku jadikan kenyataan..
Sebuah impian..
Yang pasti akan aku jadikan..
Sebuah kenyataan..

I have a dream..
A song.. to sing...





For those who is already following me.. I'll follow u then ok.. Dont worry.. ^^
Just leave your finger steps.. Hihihihi







JEJU ISLAND... 
YOU ARE WANTED!!!


  
TEEHEE

Wednesday, August 23, 2017

About 13 Jun

♥ Asslamualaikum 

Tentang 13 Jun. Apa yang Nurul nak share ngan korang pasal 13 Jun ni erk? 
Hadirin hadirat sekalian, {Pom pom pom pom pommmmmm! <<Bunyi trumpet>>}
Adalah di umumkan.. 
Pada 13 JUN 1988 merupakan hari kelahiran Puteri Raja Negara Indera Kuku Bima Puteri Nurul Khasanah binti Raden Marikan @ Wak Tono. Akekeke.. Perasan nak jadi princess. Tapi diri ini sememangya PRINCESS di hati ayahanda beta yang tercinta.
Dan sebenarnya.. Nurul buat entry ni sajer je nak ceghita pasal tarikh special ni. Kenapa special? Yer!! Kenapa? Y? Y? Y? Rileks... Dan pada tarikh ini juga.. tarikh yang sama.. tahun yang berbeza.. Diri ini telah bertukar status dari PUTERI menjadi PERMAISURI.. 
Pada 13 Jun 2014.. alhamdulillah.. Nurul telah sah menjadi isteri kepada En. Suami.. Syukur sangat sebab sekian banyak dugaan yang telah diharungi, akhirnya, kami ditemukan dalam sebuah ikatan yang suci.. Cewahh..  Ok. Malas nak berjiwangan.. Moh kite berkenalan dengan beliau En. Suami.
TADAA!!!

Inilah ARJUNA BETA
Merupakan Putera Raja Negara Indera Ngeri Sakti.  Berjiran dengan kerajaan negara beta. Kekehkeh.. 
Sebenarnya nak upload banyak-banyak gambar ni, tapi line internet sekolah lambat la pulokkk. So.. Takpe. Gambar-gambar yang lain akan menyusul kemudian. Hihi. Setakat ini dulu lah ye.. Ada kerja nak settlekan ni.. Selamat maju jaya!!

Monday, December 1, 2014

JALAN JALAN : Kuching alone

Assalamualaikum

Lamanya dah aku tak update.. Well hari ni aku sangat berkobar kobar nak update. Tau tak kenapa? Sebab aku merasakan idea tengah mencurah curah. Dan kalau aku tak curahkan aku dapat rasakan ia akan explode kat dalam kapla hotak aku neh. Muahaha...

Ok.. takyah nak bebel memanjang.. Aku arini sorang sorang. Sebab laki aku ada kursus, so.. aku pun ditinggalkam olehnya kunci kereta bersama kereta skali. Tapi aku malas nak jalan jaoh. Finally aku jalan kaki dan disini bermulalah cerita penglipur lara.. Ceeewahhhh!

Aku decide nak ke Merdeka Plaza. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi di Kuching.. Di Afrika aku tak tau.. Aku pun memulakan perjalanan ku. Berbekalkan wang sebanyak 60 ringgit ngan harapan nak makan laksa sarawak kat  Madam Tang's.


Sesampainya aku kat depan pintu PM.. Mak aih.. Sunyi sepi.. Yang ada cuma makcik tukang sapu dan abang mop lantai je. Aku pun dengan cover line, gi la melentok ke jalan tepi bangunan dengan impian nak gi cuci mata kat Jalan Masjid India. Ha.. Leh la tengok apa yang menarik kat situ.

Bagaimanapun, impian tinggal harapan. Aku ternampak sebuah pemandangan jalan raya yang menuju ke suatu kawasan.. Waterfront! Hoyeah.. Aku pun teruja macam jumpa harta karun tak berapa nak harta sangat.. Kekekeke



Ha.. Tu dia.. Aku pun gi la melancong sorang sorang. Ye la.. nak habiskan masa 1 jam kot. Hang pa bajet aku reti ke nak buat video klip kat dataran merdeka tu tunggu PM bukak?. Takdak... Aku habiskan masa aku dengan tangkap gambar. Haih.. Aku layan jer perasaan teruja aku ni, walapun orang kiri kanan tengok aku semacam. Ada aku kesah? Hehehe


Selepas menghargai moment tersebut, aku pun patah balik PM. Alamak! Baru 9.23am beb.. So.. Apa aku nak buat?. Aku tunggu jelah depan PM. Sebab time ni nampak macam da ramai orang awam yang tunggu jugak. Me not alone here... Lega....



Sila abaikan wajah cantek belum ready aku tu. Next. Aku pun tunggu la kat situ.. Setelah tiba detik 10.00 am. Zam zam ala kazam! Bim salabim! Pintu pon terbukak.. Dan rakyat jelata pu berpusu pusu masuk. Aku releks je.. Tak masuk lagi.. Sebab time ni aku dok bz layan Whatsapp adek aku. Hehehe.. 

SESAMPAINYA D ENTRANCE PLAZA MERDEKA...


Aha! Sempat lagi aku nak ambik view pokok krismas ni.. Colourful.. Tapi kat Spring Shoping Mall lagi cantek dorang nye decoratioan. Tapi ni pon ok gak.. Hehe.. Dan aku pun meneruskan misi nak makan Laksa Sarawak Madam Tang's.. 


AKHIRNYA.....



Tadaaaa!!

Laksa Sarawak yang sodapp selepas Lakda Sarawak yang bapak aku buat. Hehe.. You olz leh la gi sini if nak rasa Laksa Sarawak sodap. Sebab setakat ni, ni la yang sodap yang pernah aku rasa.. MISSION ACCOMPLISHED! And sekarang ni aku tengah gigig taip entri ni untuk korang. Eh eh.. Untuk aku syok sendiri la jugak. Ahahaha.. Taip entri guna Handphone je, gila aku nak bawak lappy yang takdak bateri tu semata nak taip entri?.. Nak carik soket tang mana lak dek oi.. Wokeyh.. Tamat sudah kisah penglipur lara. Kalau ada Typo sori la ek.. Malas nak double check. K.. Bye!

#Perut da lapar balik.. Nak take away McD bleh? Hehehekzz

FIHIFZILLAH

TEEHEE



Wednesday, October 29, 2014

Aku yang ntah apa-apa

Assalamualaikum..
Sekian lamanya aku tak update belog.  Terasa rindu untuk ber"blogging".  Last entry Nurul, Nurul kata nak update selalu.. Tapi malangnya.. Wa Cakap Tarak Serupa Bikin Ma...
And Im really sorry.. 
So.. pada kali ni.. Nurul tak berani janji nak update belog selalu. Hihihi. [HADE KER YANG TUNGGU AKU UPDATE BLOG?] Tapi inshaa Allah, kalau ada kelapangan Nurul akan update. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri jugak. Yela, ada kepuasan sebebarnya. Kalau nak story mory kat FB cam panjang sangat nak menaipkan. Bo, better buat entry sendiri, baca sendiri, syok sendiri.. Heheheh. BTW. Setakat ni dulu yang nak di update kan. Inshaa Allah nanti update lagi. Sebab Nurul ada banyak kenangan yang nak disematkan dalam entry ni.
Fihifzillah..
Bubbye!!!
Cer teka.. Wich one is me.. Hehehe

Saturday, October 26, 2013

Sekian lama menyepi, entri pon ntah papa..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera... 
Puih puih puih.. Banyak habuk... Mak aih... Sawang sana sini.. erm.. Sesawang.. Sesawang.. Nampak sangat lama gila Nurul tak update blog an? Rindu ngan blog usang pinky winky Nurul neyh Well.. walaupun usang, tetap kukuh dan utuh ok.. Hahaha Seutuh cintaku padamu.. Pergh.. Ayat... 
Hai korunk sumer? Apa cer sekarang? Ada lagi tak yang still menunggu-nunggu kehadiran Nurul? Hihihi Nurul rasa, Nurul hanya syok sendiri.. Takdak pun yang sudi menanti Nurul membuat coretan hati yang terkadang hentah hape-hape hentah. Huhuhu. 
Mang lama dah Nurul tak update belog.. Bayangkan.. last update 23 Februari 2013.. Cerita pasal 
APAPUN YANG BERLAKU, HIDUP MESTI DITERUSKAN!!

YEEHAA!!!

AJA AJA FIGHTING!

ALLAHU AKBAR!!

ok ok... Bertenang.. bertenang.. bertendang... erkk!! Bertendang??? Hehehe
Sekarang ni Nurul rasa bersyukur yang teramat sangat sebab semuanya berjalan mengikut aturan yang maha Esa. Alhamdulillah. Nurul sekarang dah bertugas sebagai seorang tenaga pengajar @ Pensyarah di Kolej Vokasional Betong, Sarawak. Kolej sangat. Kellass kaw Jah! Pensyarah SANGAT! Banyak ilmu dan pengalaman baru yang happening. Bermula dari hari mendaftar sampaila sekarang. Mang tak dan la I nak story morry kat U olz dalam satu entry jer an? Dah la Nurul dah semakin jarang update sekarang.
 
So... U olz... nak dijadikan cerita, pejam celik dah dekat nak 8 bulan Nurul bertugas sebagai pendidik. Cewahhhh! Ayat tak leh blah an? Huhuhu. Pensyarah kat sini semuanya GOJES DAN OHSEM ok.. Dan yang paling penting, mestila cantik tertarik kaw memang DABOM! Tak percaya? 
Ni... Nak tunjuk action sikit ek... Hihihihihihihi
Hambek kaw.. U Have?
Kan dah kata, pensyarah kat sini mang cun habeslah.. Hihihi..
Ok.. Mode kemalasan kembali aktif. Graf "kemengantukkan" (sah sah kena marah ngan Kak Wan merangkap cikgu BM gojes kat sekolah aku) semakin meningkat. Berpaling ke kanan, nampak housemate terbaring lena. Jiwa ku meronta-ronta. Oh tidak.. Hembusan angin kipas menerpa ke wajah. Membuatkan mata kian terpejam. Tanpa sedar, jejari ku menari dengan sendiri atas keyboard. <-- Ini tipu. PERSONAFIKASI TERLAMPAU.. Bukan retiss jer yang terlampau wokeyh..
Oppps!! Nurul kembali membebel ntah pape. Sebelum panjang berjela dan korunk pun kian keponingan..
Last but not least..
Paniatia Pendidikan Moral KV Betong.
Jejaka tak berapa nak tampan kat tengah tu adalah musuh ketat saya ok..
Sekian!
TEEHEE
Bye Ho!!
http://www.emocutez.com

Credit kepada Cikgu Franli di atas setiap gambor yang tertera dalam entry ini... 
-Albinus Photography-


Psstt!Lama bebeno dah tak update nih. Ayat tonggang langgang.. Lepas ni Nurul update selalu k.. Hihi..




Saturday, February 23, 2013

Tanpa tajuk

(GUNUNG FUJIYAMA - Gambar sekadar hiasan. Ihsan GOOGLE.)
Annyeong! Salam semua... Assalamualaikum.. Nampak gayanya.. kali ni, lama bebeno Nurul tak update blog ni an? Mana tak nya, nak online pon susah ok. If you all tengok twitter & Muka Buku Nurul, langsung takde status yang hot, panas and meletts.. Hehehehe.. Tapi sempat plak tu,tengok Running Man & Naruto Shippuden online an? Apa kes?!!
WHATEVER HAPPENS, LIFE MUST GO ON!!
Sila abaikan jika apa yang tertera di atas salah eja, grammar dan sewaktu dengannya.. Sorry.. My English is bad.. Huhuhu Apa yang Nurul nak sampaikan adalah..
APA PUN YANG BERLAKU, HIDUP MESTI DI TERUSKAN
Opps! Dah macam orang stress giler an?  Sebenarnya agak stress jugak la.. Dalam masa sebulan ni, Nurul kena buat preparation, study for interview next month. 22 Mac 2013.  Tarikh yang membuatkan Nurul gelisah ok.  Erm.. So.. kena studylah.  Actually, after my graduation hari tu, Nurul teringin gak nak mintak jadi guru ganti kat sekolah, but the problem is, in my situation, I really cant. Kadang2 jealous jugak bila tengok member2 lain dapat jadi cikgu interim, cikgu ganti.. Yaaaa... I really miss my student.. Bila mengajar, terubat la sikit rasa rindu ngan dorang an?
Tak lama lagi, rutin harian kembali berputar seperti biasa.  Tolong parent kat gerai, jadi waitress.. dari dulu sampai sekarang.. Sometime rasa bosan.  Doing the same thing all over the time. Start dari Nurul form 4 sampai la sekarang. Mengeluh? Tipu la kalau kata takde. Sebab just now an .......?? Hehehe. Tapi Nurul tau, kita kena positifkan diri. Bila difikirkan sejenak, itu semua adalah enzim yang bertindak balas untuk meningkatkan metabolisme kehidupan. Err.. Metafora!!  Mak selalu cakap, Susah2 dulu, senang2 kemudian... Itu lah yang jadi motivasi Nurul sepanjang Nurul masih bernafas di muka bumi setakat ni. Alhamdulillah, walaupun kadang2 Nurul leka, lalai.. Tapi syukur.. sebab di saat kita lupa, Allah akan memperingatkan kita melalui pelbagai cara.. Ar-rahman.. Ar-Rahim..
Banyak perkara yang tak disangka dan dijangka berlaku sejak akhir2 ni.  Erm.. Sebenarnya dijangka akan berlaku tapi tak secepat ni. Tak disangka-sangka, adik Nurul, dah sambung study kat kolej vokasional di Kuching.  Now, Nurul tengah pengangguran kat rumah, sebab gerai belum bukak lagi. Semua tengah relax lepas uruskan adek.. Adek.. Belajar rajin-rajin k.. Leave your past and go for your future.  You are not the blackship anymore. Syukur alhamdulillah adek nak sambung study balik. Huhuhuhu.
Yang tak dijangka2 is my interview. That make me stress. Huhu.. Stress sebab tak baca apa lagi. Stress sebab rasa macam tak cukup masa nak study semua notes.. Tapi... Bila member2 busy pasal interview, preparation, dan sebagainya... Terdetik jugak kat hati ni, pernah tak Nurul busy buat preparation untuk akhirat. Nauzubillah... Kelalaian... Nurul tak sempurna, dan Nurul tau tu. Dan tak mungkin Nurul akan sempurna. Tapi tak salah kalau kita mencari kesempurnaa untuk kebaikan.  
*
*
*
*
Merenungkan sesuatu yang sukar untuk diterjemahkan melalui penulisan.
WHATEVER HAPPENS, LIFE MUST GO ON.

SMILE!!
Masa ni Nurul ingat.. Tapi satu saat, Nurul mesti akan lalai dan leka. Nurul berdoa semoga Allah sentiasa mengingatkan kita semua supaya meperingatkan diri masing2. Dear Me & You too.. Please make some preparation and remind ourself about something that we bring  to the place where we live forever....
Salam.....

Wednesday, November 14, 2012

Syukur..



Bersyukur dengan apa yang ada..
Berusaha dan terus berusaha..


Lafaz  yukur dengan segala nikmat yang diberikan olehNYA

Thursday, October 25, 2012

Ekpresi kan dirimu espresso!!

Assalamualaikum.. Salam ukhwah.. Hye readers! 

Erm.. Actually aku dah lama tak berbloggin.. well korang tengok la sendiri entry aku before ni bulan berapa.. Lepas tu terus sonyap takder kabar berita.. Lagipun sape jer la yang dok suka baca entry aku kan.. Kalau ada yang baca tu mesti saje nak STALK aku yang comeyl ni kan? Hihihihi.. Well, setelah berubah ke arah yang lebih baik sikit dari sebelum ni.. aku rasa lebih selesa.. Tapi aku still macam dulu lagi, Shana yang dulu, Nurul yang dulu, gila macam dulu jugak.. takderk yang berubah.. Cuma dulu, aku rajin taip entry..Sekarang.. dah bnyak kekangan.. Hermh... (mengeluh!!)

Ketahuilah.. Lee Hongki sangat comel.. What? Tak kenal sape dia? Nie.. yang kat atas nie.. Yang muka dia terpampang sana sini kat dalam blog nie. Aku tak memuja dia dan tak pernah membuat pemujaan ke atas nya.. Itu syirik!! Aku hanya suka tengok dia.. tu jer.. (^_^)
Ok, berbalik kembali ke pangkal lorong.. Bukan apa aku jarang taip entry.. Setelah 4 tahun bergelar student UPM, finally, tanggal 13 OKTOBER 2012, aku bergelar graduan UPM!! Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun tak mudah untuk aku menghabiskan 4 tahun kebelakangan ni, berbagai-bagai dugaan dan cabaran yang aku hadapi, akhirnya... Berjaya jugak aku belajar sampai ke tingkat 1 menara gading.. Hihihi Ada banyak tingkat lagi.. Nak capai tingkat teratas kena banyak sabar.. Nak naik lif takder.. So kena usaha sendiri panjat tangga.. Ok metafora terlalu tinggi. Pasti ada yang tak fahamkan. 


Sila abaikan...


 
Grrrr... Aku ni suka betul membosankan korang kan? Erm.. antara sebab sebab aku jarang update entry aku .........
1. Aku bz wat FYP..
2. Bz uruskan praktikal..
3. Bz ngan student aku (well, sifoo la katakan..)
4. Kat umah takder coverage wifi
so..
5. susah nak online
sebab..
6. Takderk broadband...
tambah lagi..
7. Honggi aku masuk wad!! Pastu nazak! dan.. OMG! Honggi tu lappy kesayangan aku.

Bila aku tanye dr tu,  dia kata  kena tukar motherboard.. OMG sekali lagi.. If aku tukar, kos nya sekitar RM500. N Honggi hanya bertahan selama 1 jam jerk.. Erm.. akhirnya.. Bye bye Honggi.. Aku mencari teman baru.. Dan Honggi sentiasa berada di hati ku, di sisiku.. Diam tak ber"on"...Satu hari, aku akan repair ko Honggi, sebab aku sayang kat ko.. Tapi bukan sekarang.. Hihi sebab takdak fulussss lagi..
Dek di sebabkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas aku jarang on9, jarang la nak taip entry... Sedeyhkan.. 



ARGHHHHHH!!


Pedulikan semuanya... Now. thankz to uncle Celcom sebab dengan subscribe RM18 seminggu, aku boleh online! Lagipun, modem kan ada.. Just cocok jer la.. Hihihi Walaupun agak expensive, apa boleyh buat.. uncle celcom banyak berbakti untuk aku.. Walaupun ada pilihan lain yang lebih cheap cheap.. Tapi aku tetap setia ngan uncle Celcom.. So.. bila aku takder duit.. aku tak online la.. Hahaha.. Hihihihihi Tapi aku  takleyh la nak taip entri hari2.. 2 minggu sekali kot.. Oh.. masalahnya hampir sama seperti dulu.. Tapi aku tak kesah... Sebab.. When I have somethin to share.. I'll share it.. Kalau takderk.. so.. Takderk lah.. Takpayah lah nak perah otak nak taip entry pasal apa kan? Lagipun.. akukan blogger syok sendiri.. Sape jerla yang sudi follow up entry aku an.. Pedasss.. Pedasss.. Pedassss..Hukhukhuk.. To my followers, thankz sebab sudi follow aku.. Love u all..




HIHIHIHIHI


Aku tak tau apa kaitan tajuk entry ni dengan pengisian entry yang aku taip.. Erm.. maybe sebab aku terjumpa gambar Lee Hongki kat dalam Tumblr seseorang.. Terus aku copy masuk lam entry.. Hihihi (Aku yang jahat..) Nampak expression dia yang cute cute KIIUUUTT sangat dalam MV I wish.. Aku pun nak ajer masukkan lam entry.. sebab tu la aku rasa tajuknya "ekspresi" kot.. Tapi.. erm  menatang espresso tu plak??

*

*

*

*

*

*


 Tu dia!!!!! Takder kaitan dengan yang hidup atau yang mati.. 




Akhir kata..
SALAM AIDIL ADHA!

TEEHEE

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramdhan 1433H

Assaalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam 1 Malaysia.. Salam ukhuwah untuk semua.. Tak lupa jugak.. Annyeonghaseyo!! Hihihi




Sekian lama aku tak taip entry gilerz.. Rindu rasanya.. Cewahh.. Sebenarnya.. Aku nak share kat korang semua.. Bahawa.. Kuasa Allah itu sangat sangat sa.....ngat besar.. Allah sangat berkuasa.. Aku rasa selesa dengan diri aku yang sekarang berbanding diri aku yang dulu.. Aku bersyukur di temukan dengan insan bernama Mimi dan Syida.. Mereka banyak mangajar aku bagaimana untuk mencintai Allah S.W.T dan Rasullullah S.A.W... Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah.. keranan mempertemukan aku dengan mereka.. 

Syaaban 1433 banyak memberikan suka dan duka kepada aku.. Tapi peristiwa yang tak dapat aku lupakan bila along aku.. Satu-satunya abang yang aku ada.. Pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya.. Walaupun arwah bukan abang kandung aku.. Tapi kami sekeluarga sangat sayang kat arwah.. Ya Allah.. Kau tempat kanlah arah di tempat orang-orang yang soleh Ya ALLAH.. Satu hari nanti, kita pasti akan kembali pada yang maha kuasa.. Ya.. Begitu juga dengan kita.. Dengan korang, dengan aku sekali. Siapa tau.. Lepas jer aku taip entri ni.. Aku pergi mengituhadap illahi.. Jadi, sama-sama kita mengingati sesama sendiri, bahawa mati itu sesuatu yang pasti.. dan hidup itu adalah dengan izin Allah.. Subhanallah... 

Hehehe.. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan kepada seluruh muslimin muslimat yang membaca entri Nurul ni... Selamat menyambut Ramdhan Almubarak dan selamat berpuasa... (^_^) Akhir kata.... Renung2kan dan selamat beramal!!! Keh keh keh..


Sunday, February 12, 2012

1234 aku 456... Aku jumpa Neelofa time uji bakat mentor!!



:: Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!! ::
Hai korunk! Ngah wat per! Hihihi Aku tau ramai yang pening kepala baca entri aku pasal " Balas lah ye". Disebabkan ramai yang tak paham apa yang abg Sidi Meru tu cakap, aku pon wat update version punye.. Hahaha! Wokey.. Lupakan pasal Abg Sidi Meru, kita ceghita pasal Neelofa! Sapa tak kenal awek cantek lagi hot nih? Cepat! Pergi bukak profile aku, muka dia sebijik cam muka aku.. Hahaha <-- perasan!

Korunk.. aku TERPAKSA tangkap gambar ngan dia tadi weyh.. Siyes.. Tadi aku nak gi uji bakat mentor... Erkkk.. Aku yg nak gi uji bakat? For sure, belum sempat aku kluarkan suara merdu aku yang bak buluh lemang ni, aku dah kena reject weyh. Aku temankan member aku, si Zann Remon ni. Time dia tengah auditon, apa lagi, aku, kak ema, kak fath & fairuz pergi la buat lawatan sambil cuci2 mata kat IKEA... Lepas hantar kak ema kerja, tinggal la kami bertiga terkapai-kapai mencari destinasi. Sempat sesat jugak tau kat area Damansara tu. Akhirnya, kami pon lepak la kojap kat 1 Utama.. 

Nak dijadikan ceghita nih, masa kami dok cari jalan untuk kembali ke pangkal jalan(surau), tetiba terjumpa event Samsung. Pastu, tup tup! Ada Neelofa!! Asalnya aku just nak tengok, shantek teramat ke dia? Aku dekat kan la diri kat stage tu. Tetiba DJ tu tarik kite orang suruh tangkap gambar ngan Neelofa! Hello! Apa kejadahnya. Kalau paksa tangkap gambar ngan K-Pop aku terus meloncat pelok depa. Oooppss! Hahaha.. Dalam keadaan terPAKSA RELA tu, aku tangkap gak gambar ngan dia.. Dia mang shantek doe.. Tak dinafikan.. Kulit muka licin jer.. Hukhukhuk Tapi aku merasakan aku tetap sejuta kali lagi shantek dan omel lotey dari dia! Hahaha (Sila lempang aku biar aku sedar diri!)


See!! Camera HP Fairuz ni pon mengerti taw.. (Mengerti tu yang tak tahan) Bila orang shantek macam aku tangkap gambar, dia blur kan.. Sebab? Shannnnntekkk sangat! Kwang kwang kwang!!


~KISAH AKU DAN NEELOFA BERAKHIR DI SINI~

1234 AKU 456

Ada apa seyh? Huhuhu Sebenarnya, aku nak ucapkan riban-ribanan dan juta-jutaan terima kasih kepada Yadz, sebab mention aku dalam entri dia. Hhihihi ( klik SINI ). terharu seyh.. 1234 Muah balik kat awak taw.. Hikhikhik.. Dan.. disebabkan aku yang ke 1234, aku pon tunggu jer saper follower aku yang ke 456. Dan... Jeng jeng jeng!!



Ok.. Dba Dealova !! Thankz for being my 456!! Hahah Aku tiru ayat hang Yadz! Aku nak ucapkan, ribuan terima kasih kepada yang sudi menjadi follower aku.. AKu tak kesah, korunk nak follow ke tak belog usang tapi omeyl aku nih, yang penting, niat aku berbeloging sebab nak eratkan hubungan antara kita sesama manusia! Cececeh! Sebab tu aku selalu mengomen... Siyes.. bila aku baca belog, aku rasa korunk tengah bercakap ngan aku and bila aku update entri, aku rasa cam korunk tengah dengar segala luahan perasaa aku, melayan karenah aku yang sangat sweet ni.. Hihihi  Lagi, kepada yang selalu mengomen kat entri aku.. Aku sayang korang la.. Ingin sangat nak jumpa! Kepada Bro Arelan, kite siyes nak jumpa bro. Hehe nak tuisyen Bahasa Jepun. kah kah kah. Bila tengok blogger wat entri pasal gathering, aku pon mula la jeles.. Wa!!! Bila la aku dapat jumpa korunk sumer. Sob sob sob!

Dah dah.. Cukup lah itu! Kesian kat korunk kena baca entri aku yang panjang lebar nih! 


Ini Fairuz ngan Neelofa! Korunk jeles tak? Aku tak jeles pon...


Dan ini gambar retisss!!!


Zann Remon! Suara dia sedap dowh.. Tapi Ajai belum terbukak hati nak bagi peluang kat dia.. 
Korunk tolong la doakan member aku nih dapat capai impian dia tok jadi retiss tuh. Hahahaha

OK! Dah dah! kali ni aku betul-betul nak buat penutup untuk entri aku. Aku ngantuk nih, sebab baru abis karok kat Malaysian Idols. Hahaha U HAVE??!! nak terkeluar la kerongkong aku ni jerit2 menyumbangkan & melarikan segala ton dan picing! (eja pon aku belasah) Ok la korunk, aku nak tido lu.. 

Nak gatal + gedik sikit malam ni bleyh? Muah muah muah!

TEEHEE!!




Thursday, February 9, 2012

BALAS LAH YE (update version)

Follow c u t e s e c r e t s for more cute photos ♥

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Hye korunk? What's up? Ok.. Sila dongak kepala anda dan lihat apa yang ada di atas. Hehehe. 


"BALAS LAH YE"

Ada apa dengan quote di atas?

Aku tak reti nak ceritakan dengan korunk dari A sampai Z.. TETAPI!! Pernah kah anda texting dengan kawan, member, mahupun BF atau GF atau tunang, atau husband, atau wife anda, atau scandal anda, tapi depa tak balas text(sms) anda? Tiba-tiba menghilang! Macam chipsmore. Kojap ada, kojap tadak! Haiyoook.. Buat kite tertunggu-tunggu je text dia.  Sometime boleh risau tau. Kot kot dia tengah usha mamat/awek lain ke, kena culik alien ke, eksiden naik beskal ke.. merajuk secara tetiba ke.. Macam-macam yang kita akan predict!! Ok.. Ini hanya intro.. Isi yang ingin di sampaikan adalah...




dan jugak yang ini...



Kepada Sidi Meru
Saya sangat teruja untuk berkenalan dengan Abg Sidi.. Hihihi 
Saya mintak maaf kerana meng'print screen'kan FB abg sidi sebagai contoh yang TERBAIK untuk suruh orang balas komen atau text yang orang tak balas-balas.. 

OK!!! SEKARANG SILA KIRA BERAPA BANYAK PERKATAAN " BALAS LAH YE " DALAM ENTRY AKU KALI NI!! 

TEEHEE!!

Update: Ramai yang tanye dikan tu apa? loghat mana? S'wak ke? Erm.. Sebenarnya, mula2 aku pon tak tau dikan tu apa.. Tapi.. bila aku dan otai (Kak Nad) kaji.. Dikan tu = "dekat"... Entah macam mana Sidi Meru tu punya bahasa... Hihihihi

Monday, February 6, 2012

Aku baru nak terkedek-kedek macam itik

Follow [ k a w a i i s e c r e t s . me ] for more kawaii photos ♥

Assalam & hye korunk!!
Aku just nak share kat korunk yang aku dah belanjakan baucer buku 1 Malaysia aku sebanyak.... Seratus ringgit!! Yeay!!! Hahahahah.. Nak tau aku beli apa? 

Pertama, yang aku idam-idamkan.. Sebelum dapat baucer buku pon aku dah idam-idamkan this thing.. Bagi aku sangat-sangat berharga.. First time aku beli sendiri.. Hehehe.. TAFSIR AL-QURAN yang cute!! Yeayyy!! Mula-mula aku fikir nak beli yang berzip2 tu, tp aku rasa cam tulisan dia kecik sangat.. Nanti tajwid aku jadi lintang pukang... (Salahkan tulisan pulak)  Aku mang nak carik tafsir Al-Quran yang kecik, ringan dah mudah di bawa.. Kenapa Tafsir Al-Quran..? For me, kalau baca, tapi tak faham maksud.. Macam no input.. Setiap orang berbeza pendapat.. Tapi sapa setuju ngan aku? Sila angkat hidung masing-masing! Jom beli tafsir Al-Quran ramai-ramai. Murah jer aku beli.. Dua puluh lima ringgit malaysia SAHAJA!!

Apa lagi yang aku beli sampai seratus? Erm, aku beli buku Awesome Vocabulary, to improve my Vocab & My English yang ntah macam mat salleh celop.. Hahaha, Lagi.. Aku beli buku Word Search.. Untuk aku isi masa lapang aku bile internet connection down secara membabi gila..  dan aku beli noveli English, "Away for the weekend"... Amacam? Cara tak? Semua ni bertujuan untuk peningkatan kendiri ye.. Hahah Word search tu jugak boleh aku guna untuk melatih ketajaman panca indera aku.. Hahahahah 

Lagi RM100 aku nak beli apa yer? Yang berlegar2 lam kepala hotak aku.. Satu lagi Tafsir Al-Quran untuk aku hadiahkan kepada MR.R aku, Stationery yang kwaii macam aku jugak.. (Bajet kawaii) Buku resepi untuk mak aku, and...... Aku dah jatuh cinta ngan satu buku nieh!  Lets learn Korean English Fluencely!!! Hahahah Tapi tadi pagi aku SKYPE ngan mak aku.. & Sodeyhnyer.. Mak tak kasi aku beli buku cakap korea tu.. Katanya tak ada faedah!! OMO!! Mana ada mak!! Manalah tau kan..satu hari nanti aku leh gi South Korea, gi Nami Island, Seoul.. Jeju Island!! Arghhh ( InsyaAllah... ) Tak ker rugi kalau aku tak beli siap-siap.. Hahaha 

OK

Dah dah.. Aku nak mandi lu.. Lepas ni nak gi Ampang sebarkan misi nutrisi!! Yeehaa!!
Sape nak hantar aku ke LRT Sg. Besi? Aku kasik dia satu flying kiss.. Hahahah Astaghfirullahalazim (Sambil geleng-geleng kepala)..

~ TEEHEE ~



Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidurrasul buat semua



آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

Thursday, February 2, 2012

Korunk nak sihat ke tak?

Photobucket
PILATES buat perut aku sakit.. Kalau aku buat 30 hari berturut-turut agak-agak boleh jadi macam Shakira tak? Hahahaha. Apa-apa pun yang penting, setiap pagi aku harus ada Nutrisi yang sehat dalam badan. (^_^)


Pelik la... Kenapa ramai rakyat Malaysia yang tak pentingkan kesihatan?  Makan macam esok nak mati(tak termasuk aku). Kan lagi baik kalau mereka (termasuk aku) beribadat macam esok nak mati? Arghhh!!
Ada yang nak turunkan berat badan, tapi ko melantak Breakfast Subway, Lunch MCD hour, Dinner Nandos! Supper KFC?? Gilorsss! 


Kalau nak naik berat bedan, tak yah bersenam, tak yah jogging! <-- ini tak betol.  Kalau nak naik berat badan, korunk harus bersenam. Kalau tak, canner nak lean muscle? Hadoyai.. Kurang selera makan? Yesss lepas korunk bersenam, korunk pasti akan rasa lapar. Sebab? Dah guna banyak energy. Trust me..



Tak kesah la... nak turun berat badan ke.. nak naik berat badan ke... Yang peting.. Korunk kena bersenam!!



Aku bukan nak gemuk!
Aku bukan nak kurus!
Aku bukan nak caktik!
AKU NAK SIHAT!
AKU NAK SIHAT!
AKU NAK SIHAT!



“Analisa dari Al-Quran dan Hadith menunjukkan setiap bahan utama perubatan mempunyai EMPAT ciri utama iaitu pertama, keupayaan membunuh kuman, kedua, kemampuan membuang bahan-bahan keperluan tubuh yang berlebihan atau bahan-bahan merbahaya, ketiga, kebolehan membaik pulih sel-sel tubuh yang telah dirosakkan oleh penyakit, dan keempat, kewujudannya diterima baik oleh sel-sel tubuh – tidak ada kesan sampingan. Adakah ubat-ubatan saudara mempunyai keempat-empat ciri seperti yang disarankan oleh agama?” 
( Credit to : aminherbalife.blogspot.com)

Alhamdulillah.. TQ Allah sebab dah temukan aku dengan makanan yang ada keempat-empat ciri kat atas ni.
TQ Allah.. TQ Herbalife.. 

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tinggal 2011.. WELCOME 2012


Hai korunk! Sekian lama aku tak update belog aku an?  Lepas entri pasal awek matluthfi90, aku terus sonyap.. Korunk jangan risau.. Dia tak marah aku pong.. Dia dah text aku semalam.. Hahha Itu tipu. BTW, sape yang mengaku dia awek matluthfi90, aku nak bagitau yang korunk memang


GOJESSSSSSS HABISSSS!!


Ala.. Ilex la.. Mana la tau impian menjadi kenyataan kan.. Kot kot matluthfi90 TERbaca entri aku.. TERtengok komeng korunk & TERgerak hati untuk bukak belog korunk dan TER TER TER yang seterusnya.. Hihihihi 


Tapi.. Aku nak MINTAK MAAF sebab masih belum sempat untuk membalas kunjungan kalian.. Bukan hape.. Sejak dua menjak ni, aku tersangatlah busy.  Hehehe Miting sana... miting sini.. Dating sana.. Dating sini.. Oppss! Maaf. Dating itu bukan aku. Hehehe. Tapi asalkan korunk tinggalkan link or komen kat entri.. InsyaAllah.. aku pasti akan lawat korunk balik. Yang aku belom polo.. InsyaAllah aku akan polo k.. hehehe

Korunk sumer apa cer? Tahun baru! Azam barukan? Ada tak sesapa yang berazam untuk penuhkan azam tahun 2011 yang tak penuh lagi? Aku ucapkan gud luck pada korunk. Walaupun azam tu korunk dah buat bertahun-tahun lepas yang penting.. kita kena capai azam tu! 

YEYEAHH!!!

Entri kali ni takderk gambar atau sebagainya. Entri bergambar.. Tunggu next entri.

Sebab aku berada dalam keadaan yang tak stabil di mana aku baru lepas kena simbah dengan air satu baldi.

ASAMDOL betol!

Ini sumer RUBY punye angkara!

O.. Mentang2 ko dah basah kena simbah, ko kenakan aku pulak?

Apa-apa pun Ruby, aku doakan semoga segala impian ko tercapai.. Amiiinnn..
Semoga panjang umur, murah rezeki, cepat kaya.. cepat kawen..

HAPPY BIRTHDAY!!

Untung laaaaaa birthday 1 aribulan 1

Kepada korunk.. Aku doakan semoga korunk pun dapat mencapai azam tahun baru.

Azam aku??? 

Erm.. Apa erk?

Apa erk?

Apa erk??

Azam aku..

AKU NAK PERGI KOREA!!!!! 

Nami Island Doe.. Winter Sonata!!

DUSH DUSH DUSH!

Okeyh! Berangan!


TEE HEE


Nota Kaki : Tak puas hati betol OTAI FLOOR tak basah.. Takpe Kak Nad.. Tak per... Hohohohoh

Thursday, December 22, 2011

GEMPAK!! : Pengakuan Awek Matluthfi90





SAPA AWEK MAMAT NIEH! NGAKU CEPAT!!
NGAKU LA.. NGAKU LA.....


Hahahaha! Sorry korunk.. Aku sajer jer.. Gurau pong takleyh ker?
Mat luthfi, kalau hang TERRRbaca entry cek.. jangan marah na...
Kehkehkehkeh!
Sekali lagi aku tegaskan di sini.. Sape awek Mat Luthfi sila ngaku cepat
ANGKAT TANGANG & ANGKAT KAKI SEKALI!!


TEEHEE







Eunhyuk yang noumu kyeopta!!!
Motif letak gambar Hyukkie sekali?
MUAHAHAHA


P/S : Sape yang komeng & ngaku dia awek mat luthfi.. Dia memang GORJES!!! (>,<)

Saturday, December 17, 2011

Aku lega seyh!!!

Hai korunk.. Hahaha Hari ni aku rasa lega gila... Sebab aku dah abis present FYP aku. Tengs kepada geng2 blogger yang wish gud luck untuk aku.. Jasamu ku kenang yo! Huhuhuhuu.  Korunk tau tak perasaan aku tadi.. Sebelum presentation..  Punye la aku bimbang tahap dewa. Mana tak nya weyh. Aku sorang jah dari kos laen. Aku pong pelik gak. Canner la aku leh tercicir dari member yang seplanet ngan aku. Canner la aku leh masuk lam planet laen.. Hadeyyyyy.


Aku punya sesi pukul 2.30 ptg. Disebabkan aku tak amek peduli kat mana aku nak kena present, aku jadi kalut. Hahaha.  Lalu, dengan itu aku decide turun awal ke Fakulti. Erm.. Sedeyhnya hidup bila sorang2 weyh. Nasib baik dalam perjalanan aku jalan-jalan cari makan tu, terjumpala ngan member yang seplanet ngan aku. Apa lagi, aku tanya la pasal presentation depa. Makin aku tanya makin jantung aku buat konsert gegarrr KLfm. Haiyoookkk!




Namun, aku still ditinggalkan kesorangan.. Lepas makan ngan aku, depa balik tidoq. Yo la.. dah semalam tak tido sebab buat slide. Aku laen citer.. Aku tido lu puas2 baru aku leyh wat slide. If tak, aku takdak idea. Takleh perah otak kalau tak tido dulu. Maklumla.. Kena charge energy lu. Hehehehe




Aku masuk2 jah kat bilik presentation.. terkezzuuttt aku. Dah start ka? O.. rupanya tak lagi. Depa dok cek cek 1 2 3 cek cek. Ulang suara ulang suara. Huhuhu. 

Akhirnya, penilai tu pon sampai. Aku pon tunggula giliran aku yang last skali. Dengan dupdap sana, dupdap sini.  Dag dig dug! Di dalam dada.. Dangdut aww!!

Setelah tiba giliran aku, aku ngan penuh kompiden nya present kat depan depa sumer. Hehehe tetiba suara aku ilang! Mak aih? Mana pegi? Banyak kali aku EHEM EHEM time present. Hadeyyyy. Ni musti markah aku terganggu sebab EHEM EHEM tuh.. Cittt


Tapi, apa yang menyeronokkan sekali.. Aku rasa...

LEGA!!!! YEAY!!!

Sebab dah abes dah.. hihihi kerja aku dah settle! Tinggal edit final FYP jer lagi. Hihihi


Hohohohoho
Leganya... 
Eyh.. Ada satu lagi esaimen yang kena buat..
Hantar Selasa ni! 
Arh.. Sonang jer.. Heheheh
Apa2 pong.

AKU LEGA SEY!!

Pssttt Lukisan huduhz! Huhuhu

Aku rindu blogspot aku!!!

Assalamualaikum & hiiiiiiiiiii korang! Weyh. Sumpah aku rindu gila blog aku.  Tak tau kenapa time aku tengah buat entry ni, aku rasa hap...