Saturday, November 30, 2019

Kolej Vokasional Betong, tempat aku berkhidmat

Assalamualaikum. Hay korang.

Since cuti sekolah dah bermula  couple weeks ago, dan aku pun mereput di rumah mak, teman mak pergi hospital, poliklinik, hospital so, sebenarnya aku ada banyak kelapangan untuk update post baru. If korang perasan, kalau tengok kat my older post list, ada tahun2 yang aku tak buat entri langsung. So, aku rasa cam tibalah masanya untuk aku mengqada entri pada tahun2 tersebut. Hihi.

Hari ni aku nak cerita tentang tempat pertama aku berkhidmat selepas dilantik sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Ya. Itu adalah kerjaya aku yang rasmi. Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun berkhidmat dan masih bertugas ditempat yang sama.

Kolej Vokasional Betong asalnya adalah sebuah Sekolah Menengah Vokasional (SMV). Sejak tahun 2013, SMV ni ditukar kepada Kolej Vokasional (KV). Pelajar kat sini start dari umur 16 tahun sampai 19 tahun. Maksudnya lepas PMR/PT3 dorang boleh apply untuk ke KV. (korang boleh klik untuk info lanjut)


Ni gambar semua pensyarah untuk masuk majalah sekolah sesi 2019. Tapi lupa nak buang benang kat bawah tu. So, dengan benang2 skali interframe. 


Banyak cabaran dan dugaan sepanjang aku berkhidmat kat sini.  Tapi, lagi banyak memori yang indah2 yang boleh aku jadikan sebagai vaksin untuk virus2 jahat kat sini. Hahaha. Kenangan ngan students, ada yang dah kawen, ada yang dah kerja, siap belanja kitorang lagi. Kenangan rakan sekerja yang sekepala siap ada nama geng tersendiri. Adoiihh. Ko ingat hidup cikgu ni mengajar je ke? Hello, kami pun manusia gak. Have fun dengan geng sekepala tu pun vaksin gak tau dari virus2 jahat. 


Mula2 bertiga, lepas tu berempat, lepas tu berenam, lepastu bertujuh, lepas tu ber enam, lepas tu bertujuh, lepas tu bersepuluh, lepas tu berlapan. (2 orang dalam gambar dah pindah and sorang lagi yang berpindah dah berpindah sebelum tangkap gambor ni. Faham2lah sendiri ayat KBKK ni.)


Ini la member satu pejabat ngan aku. Kami bawah Jabatan Perniagaan. So, tak sama office dengan pensyarah2 lain. Tak macam sekolah aliran perdana, bilik guru satu tempat kan? Kat KV Betong tak macam tu ye. Office ikut jabatan masing2. Tapi kami still lagi boleh berjumpa, bercerita dan membawang dikantin. Opps.


Pensyarah2 a.k.a. cikgu2 kat sini semua baik2. Sporting, Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Gaduh anak beranak, adik beradik kat group whatsapp sekolah tu normal la. Tapi lepas tu ok balik.  Pihak pengurusan tetinggi pun ok. Demand sikit pasal kerja tu biasa. Lumrah alam pekerjaan. Overall semua nya ok. Alhamdulillah. Syukur ditempatkan kat sini. 

Kolej dengan rumah mak aku ada la dalam 2 jam perjalanan. Tapi kolej dengan rumah suami aku 10 minit je. Hihi. Nak tetap dan berpencen? Mungkin tak kot, sebab semua orang ada target masing2. Tapi selama aku bertugas kat sini, aku akan cuba buat yang terbaik. 


Nampakkan wajah penuh keazaman aku tu.
Kat KV Betong ni, menawarkan 8 program. Meh aku senaraikan.


  1. Perakaunan <-- Aku cikgu akaun major moral minor perdagangan. Ape de hal?!
  2. Sistem Komputer dan Rangkaian
  3. Teknologi Automotif
  4. Teknologi Elektrik
  5. Teknologi Pembinaan
  6. Teknologi Kimpalan
  7. Teknologi Pemesinan Industri
  8. Kulinari <-- Paling mendapat permintaan tinggi tak kira laki pompuan.

Since 1984 ok. Perdana Menteri ke -4 dan ke-8 yang rasmikan. Dan ferro cement tu, student sendiri yang buat.  Cantik ke syantik??
Tengok betul2... KV Betong tau bukan Bentong. Eja betul2. B.E.T.O.N.G bunyi dia Betong. Bukan Bentong. Nak aku buat spelling test? Sebab ramai yang salah.

Ok gais. Ini saja untuk kali ni. Harap2 esok aku update la entri lain pulak. Walaupun ko dan aku jer yang baca entri ni. Tapi atleast aku dapat simpan kenangan aku kat sini. Bubbye!! Aku nak makan lapor.

TEEHEE


Friday, November 29, 2019

Masalah nak tukar theme blog [Updated: BERJAYA!! Yahooooo!]

Assalamualaikum.

Hay korang. Memang lama bebanor ek aku tak buat entri baru. Terdetiknya entri aku hari ini adalah disebabkan aku rindu jaman jaman remaja aku, jaman jaman kuliah aqu, jaman jaman aqu masih syantik. Ewwwww dan emangnya aqu ini masih syantik yah sehingga sekarang!!

Aku cuak weh. Aku nak ubah sebenarnya design2 belog aku nih. Tapi tu lah. Ada gak rasa sayang ngan design belog lama aku. Ko tau tak aku gigih tau nak buat belog aku jadi cantik, kemas, pinky winky, glitter sana sini. Tak tidur malam, tak siap assingment, tak makan, tak minum dan segala TAK  aku buat semata2 main dengan kod2 HTML tu. Erggghhhh!! 

Tetapi, sesungguhnya aku menyedari. Hari ini aku menyedari usia aku kian meningkat. Dan aku bukan kanak2 Ribena lagi yang nak belog blink2 sana sini. So aku decide nak ubah design, template, theme and what so call of it? 

Malangnya, sungguh malang nasib aku sebab, dia kata, I mean benda alah blog ni kata, macam something wrong somewhere bila aku cuba ubah nak ikut theme yang blogger provide.


Aku nak apply to blog tu jadi tak boleh. Kenapa? katakan kenapa? Adakah kerana aku terlalu customize kan blog aku sebelum ni sehinggakan menimbulkan error seperti ini. Macam mana nak reset balik? Macam mana? Waaaaaaaa!!!!

Sebenarnya aku nak blog aku jadi macam ni.


Iye. Macam ni. Simple je macam ni. Tapi tak jadi. So.. Aku kecewa. So, aku hanya berhuhu jelah. Atleast aku dah dapat jadikan blog aku seminimalist yang mungkin. Hahaha. Ok gaisss.. Sekian untuk hari ini. Aku cuba aktif kembali dalam dunya belogg ini. Inshaa Allah.....


THIS IS MY UPDATE

Aku gigih gila seharian ni carik info macam mana nak settlekan problem aku theme/template blog ni. Aku google2 "Template blogger can not change" " Theme can not change" macam2 lah. Aku pun tak ingat dah. Finally aku jumpa la jawapan dia kat satu website ni.(Pun aku tak ingat website apa. Sorry, tak leh nak bagi kredit). Dia bagi aku cara macam ni.

Theme > Edit Html > Revert Widget to default > Save

So, korang akan dapat theme yang gila2 buruk  simple ar. Maksudnya yang memang basic. But, masalah aku still tak settle lagi. Sebab aku nak tukar kepada provided thema yang aku nak, terdapat beberapa perkara yang tak effect. Contoh, aku takleh nak letak background, nak tukar width, so aku cam stress.

Lastly, aku guna cara aku sendiri. Macam aku type kat bawah ni.

1. Aku gi tukar theme kepada classic




2. Lepas tu dia ikut theme classic tu la. 

3. Baru la aku tukar balik kepada theme yang aku nak ni. "Simply Simple"

DONE!! Berjaya. Alhamdulillah. So, aku dah boleh tukar sana sini mana yang aku nak, dengan custom je. Yang custom ni, takyah risau, korang klik2 je. Boleh explore sendiri. 

Actually bila aku tukar pada theme ni, aku punya header hilang tau. Seb baik aku ada save dulu header legend aku nih. Hihihi.. Sebab aku nak edit header baru, aku dah malas. Belum dapat seruan lagi nak install adobe macam jaman dolu2. OMG tua nya aku. DEM!!

So, itu saja perkongsian aku kali ni. Kepada sesapa yang blog nya dah bersawang, lepas tu nak bagi nafas baru, nak buat cantik2 macam blogger2 pemeys tak mampu khennnn so korang ikut jer la apa yang aku buat ni. Itu pun kalau korang nak folo I sis. Kalau tak nak takpe......

BTW. Maria Elena blogger pemes tu pun guna theme simple2 je sis. Yelah. Sebenarnya, theme blog ni pun menunjukkan keperibadian kita jugak... Kononnya aku dah matang la sikit. Hihihi.

OK Guys. See U when I see U.. Aku harap aku makin rajin nak berblogging balik. Inshaa Allah..

TEEHEE



Thursday, December 6, 2018

Angan-angan dan impian

Aku punya impian...
Kadang-kadang aku selalu berangan-angan..
Angan-angan yang inginku jadikan kenyataan..
Sebuah impian..
Yang pasti akan aku jadikan..
Sebuah kenyataan..

I have a dream..
A song.. to sing...





For those who is already following me.. I'll follow u then ok.. Dont worry.. ^^
Just leave your finger steps.. Hihihihi







JEJU ISLAND... 
YOU ARE WANTED!!!


  
TEEHEE

Wednesday, August 23, 2017

About 13 Jun

♥ Asslamualaikum 

Tentang 13 Jun. Apa yang Nurul nak share ngan korang pasal 13 Jun ni erk? 
Hadirin hadirat sekalian, {Pom pom pom pom pommmmmm! <<Bunyi trumpet>>}
Adalah di umumkan.. 
Pada 13 JUN 1988 merupakan hari kelahiran Puteri Raja Negara Indera Kuku Bima Puteri Nurul Khasanah binti Raden Marikan @ Wak Tono. Akekeke.. Perasan nak jadi princess. Tapi diri ini sememangya PRINCESS di hati ayahanda beta yang tercinta.
Dan sebenarnya.. Nurul buat entry ni sajer je nak ceghita pasal tarikh special ni. Kenapa special? Yer!! Kenapa? Y? Y? Y? Rileks... Dan pada tarikh ini juga.. tarikh yang sama.. tahun yang berbeza.. Diri ini telah bertukar status dari PUTERI menjadi PERMAISURI.. 
Pada 13 Jun 2014.. alhamdulillah.. Nurul telah sah menjadi isteri kepada En. Suami.. Syukur sangat sebab sekian banyak dugaan yang telah diharungi, akhirnya, kami ditemukan dalam sebuah ikatan yang suci.. Cewahh..  Ok. Malas nak berjiwangan.. Moh kite berkenalan dengan beliau En. Suami.
TADAA!!!

Inilah ARJUNA BETA
Merupakan Putera Raja Negara Indera Ngeri Sakti.  Berjiran dengan kerajaan negara beta. Kekehkeh.. 
Sebenarnya nak upload banyak-banyak gambar ni, tapi line internet sekolah lambat la pulokkk. So.. Takpe. Gambar-gambar yang lain akan menyusul kemudian. Hihi. Setakat ini dulu lah ye.. Ada kerja nak settlekan ni.. Selamat maju jaya!!

Monday, December 1, 2014

JALAN JALAN : Kuching alone

Assalamualaikum

Lamanya dah aku tak update.. Well hari ni aku sangat berkobar kobar nak update. Tau tak kenapa? Sebab aku merasakan idea tengah mencurah curah. Dan kalau aku tak curahkan aku dapat rasakan ia akan explode kat dalam kapla hotak aku neh. Muahaha...

Ok.. takyah nak bebel memanjang.. Aku arini sorang sorang. Sebab laki aku ada kursus, so.. aku pun ditinggalkam olehnya kunci kereta bersama kereta skali. Tapi aku malas nak jalan jaoh. Finally aku jalan kaki dan disini bermulalah cerita penglipur lara.. Ceeewahhhh!

Aku decide nak ke Merdeka Plaza. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi di Kuching.. Di Afrika aku tak tau.. Aku pun memulakan perjalanan ku. Berbekalkan wang sebanyak 60 ringgit ngan harapan nak makan laksa sarawak kat  Madam Tang's.


Sesampainya aku kat depan pintu PM.. Mak aih.. Sunyi sepi.. Yang ada cuma makcik tukang sapu dan abang mop lantai je. Aku pun dengan cover line, gi la melentok ke jalan tepi bangunan dengan impian nak gi cuci mata kat Jalan Masjid India. Ha.. Leh la tengok apa yang menarik kat situ.

Bagaimanapun, impian tinggal harapan. Aku ternampak sebuah pemandangan jalan raya yang menuju ke suatu kawasan.. Waterfront! Hoyeah.. Aku pun teruja macam jumpa harta karun tak berapa nak harta sangat.. Kekekeke



Ha.. Tu dia.. Aku pun gi la melancong sorang sorang. Ye la.. nak habiskan masa 1 jam kot. Hang pa bajet aku reti ke nak buat video klip kat dataran merdeka tu tunggu PM bukak?. Takdak... Aku habiskan masa aku dengan tangkap gambar. Haih.. Aku layan jer perasaan teruja aku ni, walapun orang kiri kanan tengok aku semacam. Ada aku kesah? Hehehe


Selepas menghargai moment tersebut, aku pun patah balik PM. Alamak! Baru 9.23am beb.. So.. Apa aku nak buat?. Aku tunggu jelah depan PM. Sebab time ni nampak macam da ramai orang awam yang tunggu jugak. Me not alone here... Lega....



Sila abaikan wajah cantek belum ready aku tu. Next. Aku pun tunggu la kat situ.. Setelah tiba detik 10.00 am. Zam zam ala kazam! Bim salabim! Pintu pon terbukak.. Dan rakyat jelata pu berpusu pusu masuk. Aku releks je.. Tak masuk lagi.. Sebab time ni aku dok bz layan Whatsapp adek aku. Hehehe.. 

SESAMPAINYA D ENTRANCE PLAZA MERDEKA...


Aha! Sempat lagi aku nak ambik view pokok krismas ni.. Colourful.. Tapi kat Spring Shoping Mall lagi cantek dorang nye decoratioan. Tapi ni pon ok gak.. Hehe.. Dan aku pun meneruskan misi nak makan Laksa Sarawak Madam Tang's.. 


AKHIRNYA.....



Tadaaaa!!

Laksa Sarawak yang sodapp selepas Lakda Sarawak yang bapak aku buat. Hehe.. You olz leh la gi sini if nak rasa Laksa Sarawak sodap. Sebab setakat ni, ni la yang sodap yang pernah aku rasa.. MISSION ACCOMPLISHED! And sekarang ni aku tengah gigig taip entri ni untuk korang. Eh eh.. Untuk aku syok sendiri la jugak. Ahahaha.. Taip entri guna Handphone je, gila aku nak bawak lappy yang takdak bateri tu semata nak taip entri?.. Nak carik soket tang mana lak dek oi.. Wokeyh.. Tamat sudah kisah penglipur lara. Kalau ada Typo sori la ek.. Malas nak double check. K.. Bye!

#Perut da lapar balik.. Nak take away McD bleh? Hehehekzz

FIHIFZILLAH

TEEHEE



Wednesday, October 29, 2014

Aku yang ntah apa-apa

Assalamualaikum..
Sekian lamanya aku tak update belog.  Terasa rindu untuk ber"blogging".  Last entry Nurul, Nurul kata nak update selalu.. Tapi malangnya.. Wa Cakap Tarak Serupa Bikin Ma...
And Im really sorry.. 
So.. pada kali ni.. Nurul tak berani janji nak update belog selalu. Hihihi. [HADE KER YANG TUNGGU AKU UPDATE BLOG?] Tapi inshaa Allah, kalau ada kelapangan Nurul akan update. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri jugak. Yela, ada kepuasan sebebarnya. Kalau nak story mory kat FB cam panjang sangat nak menaipkan. Bo, better buat entry sendiri, baca sendiri, syok sendiri.. Heheheh. BTW. Setakat ni dulu yang nak di update kan. Inshaa Allah nanti update lagi. Sebab Nurul ada banyak kenangan yang nak disematkan dalam entry ni.
Fihifzillah..
Bubbye!!!
Cer teka.. Wich one is me.. Hehehe

Saturday, October 26, 2013

Sekian lama menyepi, entri pon ntah papa..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera... 
Puih puih puih.. Banyak habuk... Mak aih... Sawang sana sini.. erm.. Sesawang.. Sesawang.. Nampak sangat lama gila Nurul tak update blog an? Rindu ngan blog usang pinky winky Nurul neyh Well.. walaupun usang, tetap kukuh dan utuh ok.. Hahaha Seutuh cintaku padamu.. Pergh.. Ayat... 
Hai korunk sumer? Apa cer sekarang? Ada lagi tak yang still menunggu-nunggu kehadiran Nurul? Hihihi Nurul rasa, Nurul hanya syok sendiri.. Takdak pun yang sudi menanti Nurul membuat coretan hati yang terkadang hentah hape-hape hentah. Huhuhu. 
Mang lama dah Nurul tak update belog.. Bayangkan.. last update 23 Februari 2013.. Cerita pasal 
APAPUN YANG BERLAKU, HIDUP MESTI DITERUSKAN!!

YEEHAA!!!

AJA AJA FIGHTING!

ALLAHU AKBAR!!

ok ok... Bertenang.. bertenang.. bertendang... erkk!! Bertendang??? Hehehe
Sekarang ni Nurul rasa bersyukur yang teramat sangat sebab semuanya berjalan mengikut aturan yang maha Esa. Alhamdulillah. Nurul sekarang dah bertugas sebagai seorang tenaga pengajar @ Pensyarah di Kolej Vokasional Betong, Sarawak. Kolej sangat. Kellass kaw Jah! Pensyarah SANGAT! Banyak ilmu dan pengalaman baru yang happening. Bermula dari hari mendaftar sampaila sekarang. Mang tak dan la I nak story morry kat U olz dalam satu entry jer an? Dah la Nurul dah semakin jarang update sekarang.
 
So... U olz... nak dijadikan cerita, pejam celik dah dekat nak 8 bulan Nurul bertugas sebagai pendidik. Cewahhhh! Ayat tak leh blah an? Huhuhu. Pensyarah kat sini semuanya GOJES DAN OHSEM ok.. Dan yang paling penting, mestila cantik tertarik kaw memang DABOM! Tak percaya? 
Ni... Nak tunjuk action sikit ek... Hihihihihihihi
Hambek kaw.. U Have?
Kan dah kata, pensyarah kat sini mang cun habeslah.. Hihihi..
Ok.. Mode kemalasan kembali aktif. Graf "kemengantukkan" (sah sah kena marah ngan Kak Wan merangkap cikgu BM gojes kat sekolah aku) semakin meningkat. Berpaling ke kanan, nampak housemate terbaring lena. Jiwa ku meronta-ronta. Oh tidak.. Hembusan angin kipas menerpa ke wajah. Membuatkan mata kian terpejam. Tanpa sedar, jejari ku menari dengan sendiri atas keyboard. <-- Ini tipu. PERSONAFIKASI TERLAMPAU.. Bukan retiss jer yang terlampau wokeyh..
Oppps!! Nurul kembali membebel ntah pape. Sebelum panjang berjela dan korunk pun kian keponingan..
Last but not least..
Paniatia Pendidikan Moral KV Betong.
Jejaka tak berapa nak tampan kat tengah tu adalah musuh ketat saya ok..
Sekian!
TEEHEE
Bye Ho!!
http://www.emocutez.com

Credit kepada Cikgu Franli di atas setiap gambor yang tertera dalam entry ini... 
-Albinus Photography-


Psstt!Lama bebeno dah tak update nih. Ayat tonggang langgang.. Lepas ni Nurul update selalu k.. Hihi..




Aku rindu blogspot aku!!!

Assalamualaikum & hiiiiiiiiiii korang! Weyh. Sumpah aku rindu gila blog aku.  Tak tau kenapa time aku tengah buat entry ni, aku rasa hap...