Assalamualaikum. Hay korang.
Since cuti sekolah dah bermula couple weeks ago, dan aku pun mereput di rumah mak, teman mak pergi hospital, poliklinik, hospital so, sebenarnya aku ada banyak kelapangan untuk update post baru. If korang perasan, kalau tengok kat my older post list, ada tahun2 yang aku tak buat entri langsung. So, aku rasa cam tibalah masanya untuk aku mengqada entri pada tahun2 tersebut. Hihi.
Hari ni aku nak cerita tentang tempat pertama aku berkhidmat selepas dilantik sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Ya. Itu adalah kerjaya aku yang rasmi. Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun berkhidmat dan masih bertugas ditempat yang sama.
Kolej Vokasional Betong asalnya adalah sebuah Sekolah Menengah Vokasional (SMV). Sejak tahun 2013, SMV ni ditukar kepada Kolej Vokasional (KV). Pelajar kat sini start dari umur 16 tahun sampai 19 tahun. Maksudnya lepas PMR/PT3 dorang boleh
apply untuk ke KV. (korang boleh klik untuk info lanjut)
|
Ni gambar semua pensyarah untuk masuk majalah sekolah sesi 2019. Tapi lupa nak buang benang kat bawah tu. So, dengan benang2 skali interframe. |
Banyak cabaran dan dugaan sepanjang aku berkhidmat kat sini. Tapi, lagi banyak memori yang indah2 yang boleh aku jadikan sebagai vaksin untuk virus2 jahat kat sini. Hahaha. Kenangan ngan students, ada yang dah kawen, ada yang dah kerja, siap belanja kitorang lagi. Kenangan rakan sekerja yang sekepala siap ada nama geng tersendiri. Adoiihh. Ko ingat hidup cikgu ni mengajar je ke? Hello, kami pun manusia gak. Have fun dengan geng sekepala tu pun vaksin gak tau dari virus2 jahat.
|
Mula2 bertiga, lepas tu berempat, lepas tu berenam, lepastu bertujuh, lepas tu ber enam, lepas tu bertujuh, lepas tu bersepuluh, lepas tu berlapan. (2 orang dalam gambar dah pindah and sorang lagi yang berpindah dah berpindah sebelum tangkap gambor ni. Faham2lah sendiri ayat KBKK ni.) |
|
Ini la member satu pejabat ngan aku. Kami bawah Jabatan Perniagaan. So, tak sama office dengan pensyarah2 lain. Tak macam sekolah aliran perdana, bilik guru satu tempat kan? Kat KV Betong tak macam tu ye. Office ikut jabatan masing2. Tapi kami still lagi boleh berjumpa, bercerita dan membawang dikantin. Opps. |
Pensyarah2 a.k.a. cikgu2 kat sini semua baik2. Sporting, Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Gaduh anak beranak, adik beradik kat group whatsapp sekolah tu normal la. Tapi lepas tu ok balik. Pihak pengurusan tetinggi pun ok. Demand sikit pasal kerja tu biasa. Lumrah alam pekerjaan. Overall semua nya ok. Alhamdulillah. Syukur ditempatkan kat sini.
Kolej dengan rumah mak aku ada la dalam 2 jam perjalanan. Tapi kolej dengan rumah suami aku 10 minit je. Hihi. Nak tetap dan berpencen? Mungkin tak kot, sebab semua orang ada target masing2. Tapi selama aku bertugas kat sini, aku akan cuba buat yang terbaik.
|
Nampakkan wajah penuh keazaman aku tu. |
Kat KV Betong ni, menawarkan 8 program. Meh aku senaraikan.
- Perakaunan <-- Aku cikgu akaun major moral minor perdagangan. Ape de hal?!
- Sistem Komputer dan Rangkaian
- Teknologi Automotif
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Pembinaan
- Teknologi Kimpalan
- Teknologi Pemesinan Industri
- Kulinari <-- Paling mendapat permintaan tinggi tak kira laki pompuan.
|
Since 1984 ok. Perdana Menteri ke -4 dan ke-8 yang rasmikan. Dan ferro cement tu, student sendiri yang buat. Cantik ke syantik?? |
Tengok betul2... KV Betong tau bukan Bentong. Eja betul2. B.E.T.O.N.G bunyi dia Betong. Bukan Bentong. Nak aku buat spelling test? Sebab ramai yang salah.
Ok gais. Ini saja untuk kali ni. Harap2 esok aku update la entri lain pulak. Walaupun ko dan aku jer yang baca entri ni. Tapi atleast aku dapat simpan kenangan aku kat sini. Bubbye!! Aku nak makan lapor.
TEEHEE