Wednesday, July 8, 2020

Friday, July 3, 2020

My 1st entry on 2020


Assalamualaikum. Hai yolz. 


Lama sungguh rasanya I tak update blog. Selalu je konon2 nak aktif tapi senyap je lepas tu. Sapa macam tu, kita senasib. I dah tak nak dak janji nak slalu update blog. Sebab nanti tak sure betul2 aktif ke tak.


Ni pun update sebab students tengah Pentaksiran Amali 3 jam. So, sesambil tunggu dorang buat amali, I pun godek2 blog. Pastu baru teringat blog sendiri dah beberapa purnama tak update. Gitewww.


Boleh bagi tips tak macam mana nak kekal aktif blogging. TQ sebab sudi lagi baca blog kite. 




I need support.....

Wednesday, December 25, 2019

Friday, December 6, 2019

Review : Magic Girl Peel Off Nail Polish (Kutek Kuku)

Assalamualaikum. Hai korang!


Korang pernah guna tak Kutek Kuku? Macam aku, masa kecik2 dulu gedik jugak la nak pakai. Actually sampai sekarang. Sebab rasa perasan sweet gitew. Hihi.

Tapi kali ini aku nak share ngan korang, kutek kuku yang boleh Peel Off. Mungkin ramai yang dah tau, so korang boleh abaikan entri aku.  Tapi kalau insist nak baca jugak, I love it so, much. Terima kasih sebab memberi sokongan.

Ok. Back to our topic, kutek kuku ni aku beli di sebuah kedai kat tempat aku. But, actually, korang boleh cari kutek kuku ni kat Shopee. Nama dia magic girl. Ada macam2 colour, tapi disebabkan aku beli kat kedai, so takde choice sangat.

Apa yang best nya kutek kuku ni, kita boleh tanggalkan dengan mudah.  So, bila kita rasa nak perasan cantik tu, boleh lah guna lepas Subuh, dah nak Zohor kita tanggalkan balik. Kalau rajin, guna la balik. Begitula sampai rasa pishang. Hihi.  Lain la kalau time Allah bagi cuti, korang boleh pakai terus.  Tapi kena jaga2, sebabkan kutek ni sejenis Peel Off, so, kalau basuh pinggan semua, boleh tertanggal jugak.

So, bagi aku, kutek jenis ni, sesuai kalau korang nak melaram ke funtion atau event2 yang memerlukan korang mengenakan kutek kuku untuk menambah keyakinan diri. 

By the way, harga dia tak silap RM3.90 je kat Shopee tak termasuk postage. So, korang boleh la godek sekarang. Tak lama lagi 12.12. Ha.. Silakan. Ni aku tunjuk sikit macam mana rupa bentuk dia k.

This is how its look guys!

Ni hasil bila dah sapu kat kuku. Comelnya tangan model yang lagi satu tu. Hihi

Ni bila kita Peel Off kan. Sebelum nak kupas2 tu, basuh dulu tangan dengan air. Lap2 kat tisu ke, towel ke, lepas tu start la mengupas.  Tujuan dia supaya memudahkan proses korang nak mengupas ye.




So, itu saja untuk kali ni. Jumpa lagi uolz!!

TEEHEE

Wednesday, December 4, 2019

Wordless Wednesday (12)

Assalamualaikum. Hai semua!
Terjumpa blog Mamatisya, baru terhegeh nak buat worldless wednesday pada jam 11.26 p.m.
Saksikan & Perhatikan!!!



Eyeliner style 1


Eyeliner style 2 - becoming eyeshadow


Eyeliner style 3


Perfect!!
Look at her now.. Emh emh emh emh emh. <-- Acah Selena Gomez
Sekian, terima kasih.




TEEHEE

Sunday, December 1, 2019

Planner 2020 Giveaway by Messarah


Assalamualaikum. Hay korang!!

Kali ni aku nak join Giveaway setelah sekian lama sonyap menyepi dalam dunya maya ni.

Sesiapa yang join Giveaway ni, tuan rumah akan masukkan dalam bloglist beliau. So, tak rugi pun join. Sambil2 tu, korang leh blogswimming jugak ke blog member2 lain.

JOIN rugi tak JOIN!!

Korang boleh klik banner kat bawah ni. Check it out gaiss!! 


Planner 2020 Giveaway by Messarah


And.... last but not least,


*********************************

This is for you Sarah.

Sometimes, in life there is so many challenges..
And its up to you how you face it.
Remember,
Allah does not burden a soul beyond that it can bear. [Surah Al- Baqarah, 286]
Happy Birthday. May Allah's Rahmah always with you...

(^_^) Fihifzillah...


*********************************

Saturday, November 30, 2019

Kolej Vokasional Betong, tempat aku berkhidmat

Assalamualaikum. Hay korang.

Since cuti sekolah dah bermula  couple weeks ago, dan aku pun mereput di rumah mak, teman mak pergi hospital, poliklinik, hospital so, sebenarnya aku ada banyak kelapangan untuk update post baru. If korang perasan, kalau tengok kat my older post list, ada tahun2 yang aku tak buat entri langsung. So, aku rasa cam tibalah masanya untuk aku mengqada entri pada tahun2 tersebut. Hihi.

Hari ni aku nak cerita tentang tempat pertama aku berkhidmat selepas dilantik sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Ya. Itu adalah kerjaya aku yang rasmi. Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun berkhidmat dan masih bertugas ditempat yang sama.

Kolej Vokasional Betong asalnya adalah sebuah Sekolah Menengah Vokasional (SMV). Sejak tahun 2013, SMV ni ditukar kepada Kolej Vokasional (KV). Pelajar kat sini start dari umur 16 tahun sampai 19 tahun. Maksudnya lepas PMR/PT3 dorang boleh apply untuk ke KV. (korang boleh klik untuk info lanjut)


Ni gambar semua pensyarah untuk masuk majalah sekolah sesi 2019. Tapi lupa nak buang benang kat bawah tu. So, dengan benang2 skali interframe. 


Banyak cabaran dan dugaan sepanjang aku berkhidmat kat sini.  Tapi, lagi banyak memori yang indah2 yang boleh aku jadikan sebagai vaksin untuk virus2 jahat kat sini. Hahaha. Kenangan ngan students, ada yang dah kawen, ada yang dah kerja, siap belanja kitorang lagi. Kenangan rakan sekerja yang sekepala siap ada nama geng tersendiri. Adoiihh. Ko ingat hidup cikgu ni mengajar je ke? Hello, kami pun manusia gak. Have fun dengan geng sekepala tu pun vaksin gak tau dari virus2 jahat. 


Mula2 bertiga, lepas tu berempat, lepas tu berenam, lepastu bertujuh, lepas tu ber enam, lepas tu bertujuh, lepas tu bersepuluh, lepas tu berlapan. (2 orang dalam gambar dah pindah and sorang lagi yang berpindah dah berpindah sebelum tangkap gambor ni. Faham2lah sendiri ayat KBKK ni.)


Ini la member satu pejabat ngan aku. Kami bawah Jabatan Perniagaan. So, tak sama office dengan pensyarah2 lain. Tak macam sekolah aliran perdana, bilik guru satu tempat kan? Kat KV Betong tak macam tu ye. Office ikut jabatan masing2. Tapi kami still lagi boleh berjumpa, bercerita dan membawang dikantin. Opps.


Pensyarah2 a.k.a. cikgu2 kat sini semua baik2. Sporting, Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Gaduh anak beranak, adik beradik kat group whatsapp sekolah tu normal la. Tapi lepas tu ok balik.  Pihak pengurusan tetinggi pun ok. Demand sikit pasal kerja tu biasa. Lumrah alam pekerjaan. Overall semua nya ok. Alhamdulillah. Syukur ditempatkan kat sini. 

Kolej dengan rumah mak aku ada la dalam 2 jam perjalanan. Tapi kolej dengan rumah suami aku 10 minit je. Hihi. Nak tetap dan berpencen? Mungkin tak kot, sebab semua orang ada target masing2. Tapi selama aku bertugas kat sini, aku akan cuba buat yang terbaik. 


Nampakkan wajah penuh keazaman aku tu.
Kat KV Betong ni, menawarkan 8 program. Meh aku senaraikan.


  1. Perakaunan <-- Aku cikgu akaun major moral minor perdagangan. Ape de hal?!
  2. Sistem Komputer dan Rangkaian
  3. Teknologi Automotif
  4. Teknologi Elektrik
  5. Teknologi Pembinaan
  6. Teknologi Kimpalan
  7. Teknologi Pemesinan Industri
  8. Kulinari <-- Paling mendapat permintaan tinggi tak kira laki pompuan.

Since 1984 ok. Perdana Menteri ke -4 dan ke-8 yang rasmikan. Dan ferro cement tu, student sendiri yang buat.  Cantik ke syantik??
Tengok betul2... KV Betong tau bukan Bentong. Eja betul2. B.E.T.O.N.G bunyi dia Betong. Bukan Bentong. Nak aku buat spelling test? Sebab ramai yang salah.

Ok gais. Ini saja untuk kali ni. Harap2 esok aku update la entri lain pulak. Walaupun ko dan aku jer yang baca entri ni. Tapi atleast aku dapat simpan kenangan aku kat sini. Bubbye!! Aku nak makan lapor.

TEEHEE


Aku rindu blogspot aku!!!

Assalamualaikum & hiiiiiiiiiii korang! Weyh. Sumpah aku rindu gila blog aku.  Tak tau kenapa time aku tengah buat entry ni, aku rasa hap...