Tuesday, June 18, 2024

Aku rindu blogspot aku!!!


Assalamualaikum & hiiiiiiiiiii korang! Weyh. Sumpah aku rindu gila blog aku.  Tak tau kenapa time aku tengah buat entry ni, aku rasa happy sangat.  Blog aku berhabuk! Uhuk uhuk uhuk!  Macam mana aku boleh teringat balik kat blog aku sebab, aku tiba-tiba terfikir macam mana kalau aku stalk diri aku sendiri kat google. B*d* amat kan aku? Hahaha!

Well.... Last entry aku tahun 2020.  Itupun aku rasa macam sebab demam YL.  Sekarang YL dah berkurang, jadi kali ni aku update entry betul-betul sebab aku rindu blog aku.  Ya Allah... Aku rindu.

Banyak perkara yang aku rindu.  Aku rindu nak hias blog, buat header, buat template, buat music background, main coding, join contest, join giveaway... tapi sekarang blog aku agak lebih matang. (Kot la....) Biasalah dulu-dulu kan zaman pakai shawl ala-ala inner terkeluar, lepas tu letak reben.  Zaman pakai pashmina ala-ala Hana Tajima.

Rindu zaman study dulu.  Dengan line internet yang tak seberapa, gigih jugak nak update blog.  Sekarang ni, bila internet dah merata, aku layan KDrama pulak. Hahahaha. Rindu nak baca blog blogger famous.  Rindu vibe vibe anak kampus tahun 2009 sampai 2012. Rindu nak meluah semua benda dengan harapan ada yang baca, tapi dalam masa yang sama nak acah-acah biarlah rahsia.  Rindu dengan semua kenangan yang ada.  Sampai rasa nak patah balik masa.

Dan...... Rindu perasaan ni.  Perasaan aku sekarang yang tengah menaip entry, yang aku sendiri akan baca bila aku rindu nanti.

So, aku harap pada diri aku sendiri untuk jadi diri aku sendiri dan happy untuk aku sendiri, dan sayang diri aku sendiri lebih.

I 💗 me!!

Jap.... nak simpan gambar kenangan Anniversary aku ngan husband and kawan-kawan aku yang celebrate birthday aku.

Ni gambar kitorang kat selfie studio kat Mall Meritz di Miri Sarawak. 



Macam biasa, pilihan yang ada kat tempat aku tinggal, Secret Recipe.  Tapikan, Aglio Olio dia hangit weyh.  Frust aku.



Ini kitorang bertiga.  Kitorang BFF ada empat orang. Sorang masih kat Sabah. Kerja kat sana, tak dapat cuti. So.. 3/4 je la....


Ok tu je!

Harap aku masih bersemangat lagi nak update blog. 

😘

Monday, July 20, 2020

8 Jalan Rezeki Dalam Al-Quran




ASSALAMUALAIKUM || Rezeki itu Allah yang tentukan.    Rezeki anak, rezeki kaya raya, rezeki sihat, rezeki dapat keluarga yang bahagia.  Aku rasa seronok. Tapi kadang2 aku rasa cemburu tengok rezeki orang lain.  Cepat2 aku istighfar dan betulkan balik emosi dan fikiran.

Sebenarnya, kehidupan setiap orang berbeza-beza.  Dan lumrah manusia hanya memaparkan yang indah2 sahaja.  Semua pahit getir ribut taufan kalau boleh simpan sebaik-baiknya. Cuma seorang dua sahaja yang suka meluahkan perasaan pada media sosial.  

Ada orang, kita nampak pendapatan tinggi. Gaji besar, boleh travel sana sini. Tapi kita tak tau betapa struggle nya dia dengan kehidupan dia.  Mungkin dia juga ada komitmen yang tinggi dan mungkin dia juga ada masalah besar yang dia tengah hadapi.

Jadi, kesimpulannya. Semua orang melalui masa dan fasa struggle. Terpulang macam mana cara kita nak handle dan macam mana kita nak jadikan masa struggle itu sesuatu yang akan jadi memori manis yang kita takkan pernah lupa. 

Ingat, rezeki tak akan salah alamat. Tapi hati2, takut kita sendiri yang tak ada alamat untuk rezeki itu singgah.



#1- Rezeki Yang Telah Dijamin
“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
Surah Hud : 6
#2- Rezeki Kerana Usaha
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
Surah An-Najm : 39
#3- Rezeki Kerana Bersyukur
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
Surah Ibrahim : 7
#4- Rezeki Tidak Terduga
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
Surah At-Thalaq : 2-3
#5- Rezeki Kerana Istighfar
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta.”
Surah Nuh : 10-11
#6- Rezeki Kerana Bernikah
“Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNya.”
Surah An-Nur : 32
#7- Rezeki Kerana Anak
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
Surah Al-Israa’ : 31
#8- Rezeki Kerana Sedekah
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
Surah Al-Baqarah : 245
sumber : islamituindah.my

Tuesday, July 14, 2020

Perjalanan Seketul Nurul & Young Living Essential Oil [ 2 ]

Dan keesokkan harinya....


Sori lah korang. Lama benar menunggu keesokkan harinya tu kan.  Ok. Meh aku sambung ya.  Keesokkan harinya tu, Kak Gee yang baik hati tu pun bawaklah minyak Essential Oil Young Living (EOYL).  

        Sebelum tu, aku ada jugak cerita kat Kak Gee yang lutut aku dan belakang aku sakit. Sebab menyental toilet kan.  Tak tau la macam mana boleh terpeleot ke apa.  So the next day, Kak Gee bawakkan EOYL tu ke office.  Dia siap bagi aku tester gitu. 2 botol. Satu Lavender untuk aku tidur, dan satu lagi Copaiba untuk sapu kat tempat sakit. Yang Lavender tu, sapu kat wrist untuk hidu sebelum nak tidur. 

        Jap jap jap. 2 botol tu, saiz dia 2 ml tau. Sikit sangat. Ye lah. Barang mahalkan. Kak Gee bagi sikit pun aku dah rasa bersalah. Erm.....


        Korang nampak tak.  Ha!  Besar ni je. Ciput je minyak dia.  Dalam kepala aku dan set dah kena pakai sikit2 je. Yela. Memang pakai sikit je pun. Tak leh sapu banyak. Sebab kalau kulit sensitif, boleh merah2. Rasa panas. 

        Alhamdulillah, malam tu pun, aku sapula Copaiba tu kat lutut dan pinggang.  Lepas tu Lavender tu pula, aku sapu pada wrist dan hidu.  Alhamdulillah.


Bersambung.....

Wednesday, July 8, 2020

Perjalanan Seketul Nurul & Young Living Essential Oil [ 1 ]


Young Living Farms | North America | Young Living Essential Oils

ASSALAMUALAIKUM || Lately ni, aku rasa macam emosi tak terurus. Tak tau kenapa. Macam banyak benda tak kena. I dont know how to tell U the feeling. Kalau orang Sarawak cakap, "Rasa semon".  Hidup kau rasa macam biskut yang dah lama terbiar. Lemau. Aku rasa lebih dari tu. Mungkin biskut tu dah jatuh atas lantai terselit-selit bawah meja dan kau tak perasan pun. Sampai seminggu. Ha... Aku rasa, aku lah biskut tu.

           Sampai satu tahap, aku tak boleh tidur. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Tutup mata, tapi rasa tak relief. Kepala rasa pening, mata rasa pedih. Mungkin effect aku terlalu banyak tengok skrin HP. Dalam masa yang sama, aku terlalu cuba memikirkan sesuatu yang aku pun tak tau apa benda tu sebenarmya.

        Satu hari, aku dihulurkan sebotol kecil minyak pati haruman Lavender. Bukan satu haruman yang aku suka. Jujur aku hanya suka bau buah yang bersifat manis. Fav aku, Apple, Honeydew. Lemon, Oren jauh sekali dalam senarai aku sebab aku rasa bauan tu tajam. 

        Sekali aku hidu Lavender tu, ermmm jujur aku tak boleh nak terima. Aku pelik, macam mana Kak Gee boleh terima bau tu. Dia siap explain lagi, bau Lavender tu calming dan bagus untuk kita dapatkan tidur yang lena. Aku hanya menggangguk. Macam student dalam kelas yang hanya menggangguk bila cikgu explain, tapi hakikatnya setiap ungkap kata Kak Gee tu, macam bayangan tulisan yang berterbangan ke sana kemari. Korang faham tak.

Dan keesokkan harinya............


BERSAMBUNG

Worldless Wednesday 13




"Scent is the strongest tie to memory."

-Maggie Stiefvater-

Friday, July 3, 2020

My 1st entry on 2020


Assalamualaikum. Hai yolz. 


Lama sungguh rasanya I tak update blog. Selalu je konon2 nak aktif tapi senyap je lepas tu. Sapa macam tu, kita senasib. I dah tak nak dak janji nak slalu update blog. Sebab nanti tak sure betul2 aktif ke tak.


Ni pun update sebab students tengah Pentaksiran Amali 3 jam. So, sesambil tunggu dorang buat amali, I pun godek2 blog. Pastu baru teringat blog sendiri dah beberapa purnama tak update. Gitewww.


Boleh bagi tips tak macam mana nak kekal aktif blogging. TQ sebab sudi lagi baca blog kite. 




I need support.....

Aku rindu blogspot aku!!!

Assalamualaikum & hiiiiiiiiiii korang! Weyh. Sumpah aku rindu gila blog aku.  Tak tau kenapa time aku tengah buat entry ni, aku rasa hap...